0

Model-Model Prasekolah Luar Negara

1.0  Pengenalan
Pendidikan prasekolah mula berkembang  di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti  Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori. Froebel adalah orang pertama mendirikan  tadika di dunia iaitu di Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud “Garden of Children”. Prasekolah pertama didirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Daerah  Scotland dan diberi nama “The Infant School”.Manakala Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz dan pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston.
      Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal. Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia  Kedua. Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an.Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak bermula pada era 1950-an didorong oleh sistem pendidikan British dan hanya dimonopoli oleh golongan yang berkemampuan sahaja kerana pendidikan jenis ini memerlukan kos yang tinggi untuk membiayainya dan mendapat perhatian yang lebih serius pada tahun 1984.
      Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun.Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika adalah sebenarnya untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak  sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas.
      Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Walaubagaimanapun, di malaysia terdapat prasekolah jenis kerajaan iaitu KEMAS dan prasekolah bukan jenis kerajaan. Contohnya Tadika Premier Montessori Bruang Heights di Melaka yang mengunakan sepenuhnya pendekatan model montessori dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.
2.0  Perkaitan Model-Model Prasekolah Luar Negara Dengan Perbezaan Kanak-Kanak Lelaki Dan Kanak-Kanak Perempuan
2.1  Model Montessori
Model Montessori telah dipelopori oleh Maria Montessori. Beliau dilahirkan di Chiaravalle, Itali pada tahun 1870 dan pada tahun 1896, beliau telah menamatkan pengajiannya dalam bidang perubatan seterusnya beliau menjadi seorang doktor wanita pertama di Itali. Maria Montessori terkenal kerana penglibatan beliau dalam pendidikan kanak-kanak. Disamping itu juga, beliau dicalonkan untuk anugerah “Nobel Peace Prize” sebanyak 3 kali iaitu pada tahun 1949, 1950 dan 1951. Minatnya terhadap pendidikan timbul apabila beliau bertugas mengendalikan kanak-kanak yang mengalami kecacatan. Akhirnya beliau mendapati kaedah pengajaran yang digunakan dapat di aplikasikan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah kecacatan.Walaubagimanapun beliau telah meninggal dunia di Belanda pada tahun 1952 namun perjuangannya masih diteruskan lagi melalui “Association Montessori Internationale (AMI)” di Amsterdam, Netherlands sehingga kini.
      Matlamat program ini adalah sebagai satu pembentukan individu yang menekankan intelektual secara umum terhadap sesuatu subjek. Disamping itu juga, pengurusan bahan dengan mengunakan bahan yang konkrit yang dibina khusus untuk mengajar. Antara prinsip-prinsip terpenting Montessori adalah melalui pendekatan individu, kepentingan tugas kehidupan yang sebenar dan kurikulum berteraskan urutan-urutan sesuatu aktiviti tertentu. Selain itu, model yang mengunakan tiga bentuk kurikulum iaitu menekankan aktiviti amali dalam sesi pembelajaran dan pengajaran, mengunakan peralatan sensorial untuk membantu perkembangan dan seterusnya melibatkan konseptual dan juga peralatan akedemik untuk memudahkan pengajaran dapat disampaikan dengan berkesan kepada kanak-kanak.
      Oleh itu, guru-guru dilatih supaya menjadi seorang pemerhati yang teliti kepada keperluan kanak-kanak serta menyediakan persekitaran yang membimbing kanak-kanak untuk mudah menguasai kemahiran yang dibina daripada pengalaman sebelumnya sekaligus membentuk asas tahap kemahiran berikutnya. Disamping itu juga kanak-kanak digalakkan untuk memilih aktiviti yang diminati, mengikuti urutan tertentu dalam penggunaan bahan bagi setiap aktiviti yang dijalankan, serta mempraktikkan aktiviti supaya dapat mengekalkan pembelajaran.Di samping itu juga, Beliau percaya bahawa pengalaman sangat penting dalam pendidikan kanak-kanak serta kanak-kanak perlulah terlibat dalam aktiviti yang dapat memberi peluang untuk mengendalikan bahan-bahan untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.
      Konsep ini berkenaan dengan pengalaman membantu pembelajaran berdasarkan pada idea bahawa kanak-kanak meniru realiti dengan cara memerhati serta mengikut demonstrasi. Menurut Albert Bandura, kanak-kanak belajar dari pemerhatian. Melalui keadah ini pembelajaran kanak-kanak itu lebih bermakna dan mengembirakan. Dengan peninggalan Montessori iaitu kepercayaan pada kepentingan setiap individu, penegasannya pada kepentingan penglibatan kanak-kanak dengan bahan-bahan ciptaanya. Oleh itu, kanak-kanak boleh memilih ataupun melibatkan diri dalam aktiviti sendiri tanpa belajar pada penglibatan kumpulan atau proses demokratik.
      Menurut penulis, pendekatan yang digunakan oleh model montessori lebih berpihak kepada kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Hal ini kerana pendekatan ini lebih kepada bermain sambil belajar serta mengunakan alatan bantu mengajar yang mengunakkan deria serta bersesuaian dengan kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Seterusnya, hasil daripada pendekatan ini membantu kanak-kanak untuk membentuk personaliti kanak-kanak dimana personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang termasuk gaya bercakap, tingkahlaku, gaya berfikir, gaya bertindak dan gaya bekerja kanak-kanak.
      Selain itu, dengan adanya kawalan orang dewasa sangat minimal. Guru memberi kebebasan kepada kanak-kanak  untuk meneroka pengalaman baru serta guru memerhati kanak-kanak dari jauh dan hanya melibatkan diri sewaktu membuat demonstrasi kepada kanak-kanak tentang bagaimana menggunakan alat-alat atau bahan yang baru. Dengan ini,kanak-kanak dapat mengukuhkan lagi kemahiran sedia ada serta mengalakkan kebolehan kanak-kanak berfikir secara kritis.
2.2  Model Reggio Emilia
Seterusnya model pendekatan Reggio Emilia. Pendekatan ini diasaskan di Reggio Emilia yang terletak di Utara Itali dibawah bimbingan Loris Malaguzzi dengan bantuan guru-guru lain dan ibubapa. Kerjasama ini telah membentuk satu sistem pendidikan untuk kanak-kanak pada peringkat awal iaitu 4 bulan hingga 6 tahun di bandar tersebut.<!–[if supportFields]> CITATION Pfo07 \l 1033 <![endif]–>(Prof.Madya Dr.Rohani Abdulah, 2007)<!–[if supportFields]><![endif]–> Loris Malaguzzi mengatakan bahawa kanak-kanak keperluan khas diberi keutamaan bagi menghadiri sekolah ini.Sekolah ini berasaskan prinsip Sosial Konstructivis seperti Dewwy, Montessori, Piaget dan Vygotsky.
      Pendekatan ini mengunakan tumpuan pendidikan yang berbeza kerana ia memberi tumpuan terhadap potensi setiap kanak-kanak bukan secara umum serta melihat pembelajaran kanak-kanak dalam konteks sistem yang menyeluruh iaitu keluarga, rakan sebaya, persekitaran sekolah, komuniti dan masyarakt luar. Seterusnya guru sedar akan potensi setiap kanak-kanak dibawa seliaan serta berperanan untuk membina pengajaran dan persekitaran bagi mengalakkan pengalaman dan pembelajaran kanak-kanak. Melalui program ini, ibubapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan program serta pengurusan prasekolah.
      Disamping itu juga, ia menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan, pergigian, kesihatan mental dan  perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah serta mengajar kanak-kanak cara-cara untuk menjaga kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi sendiri. Dalam pembelajaran setiap orang kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu  untuk memupuk perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi. Malah program ini membantu keluarga berusaha secara diri sendiri untuk  meningkatkan kualiti kehidupan. Oleh hal yang demikian persekitaran fizikal diwujudkan untuk menimbulkan daya tarikan dan keseronokan yang boleh diwujudkan hubungan kemanusiaan dan mengalakkan pembelajaran.
      Model ini juga berasaskan kepada beberapa prinsip iaitu kanak-kanak harus mempunyai kawalan bagi pembelajarannya, kanak-kanak perolehi ilmu dan meneroka perkara yang baru melalui pengalaman menyentuh, bergerak, melihat, dan mendengar. Kanak-kanak dapat menjalinkan hubungan dikalangan mereka dan mendapat kebebasan untuk mengekspresikan diri setiap kanak-kanak. Seterusnya ruang-ruang yang digunakan untuk mengalakkan komunikasi penyusunan ruang dapat mengalakkan kanak-kanak berkerja dalam kumpulan. Ini kerana ia dapat mengalakkan kanak-kanak untuk peneroka sendiri, membuat penemuan, menyelesaikan masalah dan kanak-kanak boleh membuat pemililhan tersendiri.
       Standard pembelajaran lebih kepada berasaskan projek dan berdasarkan minat kanak-kanak itu sendiri. Kurikulum berasaskan projek akan membawa kanak-kanak berkerja dalam kumpulan kecil untuk meneroka sesuatu konsep dan dijalankan dalam masa yang singkat atau lama. Oleh itu, terdapat bengkel atau studio khas untuk mendokumentasikan hasil kerja mereka dan setiap projek yang dijalankan merupakan hasil daripada persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh kanak-kanak.
      Oleh hal yang demikian, menurut penulis pendekatan dan pembelajaran ini lebih memberi tumpuan kepada kanak-kanak lelaki berbanding daripada kanak-kanak perempuan. Hal ini disebabkan tahap kecerdasan kanak-kanak lelaki lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak lelaki lebih banyak mengunakan ruang dan persekitaran. Galton (1865), Alfred Binet dan Saimon serta Teman (1961) menyatakan individu berbeza dari segi kecerdasan. Dalam masa yang sama dapat di kategorikan untuk kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. <!–[if supportFields]> CITATION Ram04 \l 1033 <![endif]–>(Razali, 2004)<!–[if supportFields]><![endif]–> Witkin 1940 telah mengenalpasti dua gaya kognitif iaitu gaya belajar bergantung latar dan latar bebas. Kanak-kanak perempuan hanya memerlukan persekitaran yang sederhana bersesuaian dengan tahap kecerdasan kanak-kanak yang lemah lembut.
      Hal ini kerana naluri lelaki lebih kepada aktiviti lasak, suka bermain, lebih kepada bertukang dan memerlukan aktiviti yang mencabar untuk membina jati diri kanak-kanak lelaki. Di Malaysia tidak dinafikan lagi dalam sesebuah prasekolah, kanak-kanak lelaki tidaklah menonjol dari segi keputusan penilaian kognitif sepanjang tahun disebabkan sistem pendekatan dan teknik pengajaran yang lebih berpihak kepada kanak-kanak perempuan serta kurang memberi perhatian kepada kanak-kanak lelaki.
2.3  Model Bank Street
Pendekatan Bank Street “development intercaction” diasaskan  untuk Head Start dan program “Follow Through” oleh Elizabeth Gilkeson& associates di New York. Program ini berdasarkan falsafah Kolej Pendidikan Bank Street, di New York. Kurikulumnya berdasarkan kepada individu mengikut peringkat perkembangan individu. Program ini lebih kepada pembelajaran secara berinteraksi. Dari segi interaksi dengan orang lain program ini mempercayai bahawa kanak-kanak dapat belajar dengan lebih berkesan melalui interaksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa dalam persekitaran yang dibentuk untuk menyediakan pelbagai kegiatan.
      Seterusnya, program ini berdasarkan kepada falsafah dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk memupuk perkembangan intelek dan sosio emosi kanak-kanak prasekolah. Penekanan diberi kepada kemahiran kognitif, penghargaan kendiri, identiti, kecekapan kendiri, desakan hati, keyakinan diri, reka cipta, produktiviti, autonomi dan hubungan dengan orang lain. Disamping itu juga guru membuat penilaian yang berterusan terhadap kemajuan kanak-kanak dan menyediakan aktiviti yang selari dengan penilaian.
      Disamping itu juga model ini mengunakan pendekatan pelbagai bahan pembelajaran disediakan untuk kanak-kanak yang di inovasikan oleh guru itu sendiri. Dalam masa yang sama guru haruslah peka terhadap alat bantu mengajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di jalankan dalam bilik darjah. Pendekatan ini juga menyediakan buku-buku bergambar dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Kanak-kanak juga akan berlaksanakan aktiviti secara individu dan berkumpulan bersama dengan orang dewasa.Bukan itu sahaja, model ini juga mengunakan pendekatan tematik serta pembelajaran berdasarkan tema dijalankan dengan menyepadukan aspek kurikulum.
      Seterusnya pemilihan tema adalah berasaskan perkara-perkara yang diminati oleh kanak- kanak, pembelajaran berdasarkan sumber yang ada serta membawa kepada aktiviti dan perbincangan. Selain itu ia berkaitan dengan kanak-kanak dan boleh difahami oleh kanak-kanak . Ini akan membantu perkembangan pembelajaran konsep idea yang lebih luas serta bersesuaian mengikut peringkat umur kanak-kanak. Disamping itu, melalui interaksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
      Menurut penulis, model ini lebih kepada interaksi pembelajaran dan pembelajaran yang bertema. Masyarakat Asia menganggap kanak-kanak lelaki mesti berani, dianggap ketua keluarga, harapan yg tinggi. Namun kenyataanya, di sekolah murid lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin, manakala murid perempuan lebih rajin dan berdisiplin serta berjaya dalam pelajaran. Aktiviti pengajaran harus disesuaikan dengan perkembangan jantina. Hal ini disebabkan tahap perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak lelaki lambat 2 tahun daripada kanak-kanak perempuan sebelum akil baligh dan selepas akil baligh perkembangan mereka hampir sama.
      Maccoby dan Jacklin (1974) kecergasan lisan kanak-kanak perempuan lebih baik daripada  kanak-kanak lelaki, manakala kanak-kanak lelaki lebih kepada kecerdasan ruang. Oleh itu, kanak-kanak perempuan lebih mudah untuk berinteraksi degan orang lain. Lebih-lebih lagi perempuan akronim dengan suka membebel, suka bergosip dan sebagainya. Model ini lebih berpihak kepada kanak-kanak perempuan berbanding daripada kanak-kanak lelaki. Namun demikian, model ini akan berpihak kepada kanak-kanak lelaki sekiranya guru memilih tema yang bersesuaian dengan naluri kanak-kanak lelaki. Contohya, tema kenderaan, robot dan sebagainya.
2.4  Model Cognitively Oriented Program
Model Cognitively Oriented Program telah diasaskan oleh David Weikart dan Associates di Institute High Scope di Ypsilanti, Michigan. Model ini mengunakan pendekatan yang memberi penekanan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Pendekatanya menjurus kepada tahap perkembangan kognitif kanak-kanak yang bersesuaian. Selain itu, melatih kanak-kanak bagaimana untuk mengurus masa dengan baik dan menginteprestasikan hubungan diantara objek dengan peristiwa persekitaran.
      Seterusnya pendekatan yang digunakan adalah dengan berorentasikan bilik darjah dibahagikan kepada sudut-sudut dengan setiap sudut. Oleh itu setiap sudut dilengkapi dengan peralatan yang bersesuaian dengan tahap kanak-kanak dan setiap peralatan tidak membahayakan kanak-kanak. Sudut bilik darjah terdiri daripada sudut rumah tangga, sudut blok, sudut lukisan, sudut senyap, kawasan lapang ataupun luas, sudut binaan, sudut muzik dan gerakan, sudut permainan pasir dan air serta sudut binatang dan tanaman.
      Selain itu, terdapat beberapa bidang utama yang digunakan oleh pendekatan model ini. Antaranya adalah melalui pembelajaran aktif dan bercerita dengan pengalaman kanak-kanak. Kanak-kanak berpeluang belajar secara aktif dengan cara pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna. Disamping itu juga, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dengan kaedah bercerita pengalaman-pengalaman yang sudah berlalu. Contohnya pembelajaran ataupun pengalaman lepas. Seterusnya dengan mengambarkan pengalaman-pengalaman dan idea, membuat klasfikasi, membuat seriasi, konsep nombor, hubungkait yang berkaitan dengan ruang dan memahami unit-unit masa dan menyusun urutan-urutan peristiwa.
      Kanak-kanak dibiarkan melakukan aktiviti dengan sendiri. Contohnya mereka akan diberikan plastisin untuk diterokai dan dimanipulasikan. Guru hanya sebagai pemerhati dan hanya memperkenalkan sesuatu bahan tersebut kepada kanak-kanak. Model ini berlandaskan lapan bidang dalam pendekatan iaitu pembelajaran akitif dimana kanak-kanak belajar sendiri termasuklah melalui deria, memanipulasikan, mencantum dan sebagainya. Meningkatkan bahasa  kanak-kanak dengan mengalakkan kanak-kanak bercakap dengan orang lain tentang pengalaman bermakna serta mengambarkan pengalaman dan idea dengan mengecam pergerakkan dan suara, main peranan dan melukis.
      Disamping itu, membuat klasifikasi dari perkara yang mudah sehingga perkara yang susah serta membuat seriasi iaitu menyusun objek, membuat perbandingan mengikut urutan. Selain itu, pendekatan melalui konsep nombor yang merupakan asas kepada matematik berasaskan pengalaman konkrit serta hubung kait dengan ruang iaitu kanak-kanak digalakkan memasang benda, mengasingkan benda, menyusun semula dan membentuk semula objek. Seterusnya kanak-kanak mampu memahami unit-unit masa dan menyurun urutan-urutan masa.
      Menurut penulis, model ini sesuai untuk kanak-kanak perempuan kerana pendekatan ini mengaplikasikan peringkat perkembangan Jean Piaget dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Dalam pandangan Piaget (1983) tahap-tahap perkembangan pemikiran dapat dibezakan atas empat tahap, iaitu tahap pemikiran sensoris-motorik, praoperasional, operasional konkrit, dan operasional formal. Perkembangan kognitif pada masa awal anak-anak dinamakan tahap praoperasional (preoperational stage), yang berlangsung dari usia 2 hingga 7 tahun.
      Walaubagaimanapun semua kanak-kanak akan melalui tahap peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi setiap individu dapat mencapai tahap tersebut dalam masa yang berbeza. Kebanyakkannya kanak-kanak perempuan lebih cepat bertumbuh dari pelbagai aspek berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Oleh itu, guru haruslah memilih aktiviti supaya  dengan kebolehan berfikir dan keupayaan kanak-kanak. Seterusnya menilai sejauh mana tahap perkembangan kognitif kanak-kanak. Menurut Gardner (1983) dan Strenberg (1985) mengatakan kecerdasan seseorang bergantung kepada proses menyelesaikan masalah atau konteks dimana tingkah laku tersebut dilaksanakan dalam usaha individu mengubah persekitaran supaya sampai ke tahap keselesaannya.
3.0  Cadangan Model ‘Helping Boys Nurturing Girls’
Abad ini, realitinya sistem pendidikan khususnya di negara penulis iaitu negara malaysia mengunakan pendekatan dalam pembelajaran yang lebih berpihak kepada kanak-kanak perempuan. Oleh itu model ‘Helping Boys Nurturing Girls’ diwujudkan untuk membantu kanak-kanak lelaki dan membelai kanak-kanak perempuan dari segi pendekatan kurikulum di prasekolah. Penulis mencadangkan model montessori diaplikasikan dalam model ini. Menurut Maria Mentessori kita dapat melihat semua kanak-kanak yang berusia 3 hingga 6 tahun mempunyai ciri-ciri yang universal dalam kehidupan mereka.
      Pengalaman awal kanak-kanak sangat penting sebagai persediaan ke arah persekolahan formal. Oleh itu mempelbagaikan pendekatan dalam pembelajaran diperlukan untuk membantu kanak-kanak belajar. Oleh itu model ini menekankan kepada kaedah yang sesuai dengan masalah pembelajaran kanak-kanak iaitu membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan cara mereka untuk belajar. Selain itu, bahan mengajar yang digunakan mempunyai keperluan khas dengan mengunakan deria. Hal ini kerana merangsang perkembangan motor halus kanak-kanak. Disamping itu juga, mengutamakan latihan daya peglihatan, pendengaran dan sentuhan dalam pembelajaran memudahkan kanak-kanak untuk mempelajari sesuatu perkara yang baru kerana ia berkaitan dengan pengalaman hidup sebenar.
      Matlamat model ini penting untuk perkembangan individu secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, sosial, emosi dan intelek. Selain itu, program ini juga memperkembangkan dari aspek penumpuan kanak-kanak semasa belajar. Contohnya, kerap bertanya dengan kanak-kanak lelaki untuk menghindarkan mereka berasa bosan serta tidak mengambil masa yang banyak untuk bercakap dan menyelitkan aktiviti bermain yang dapat menarik perhatian untuk menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti bermain, ia dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak lelaki untuk belajar. Seterusnya dari konsep  membuat pemerhatian. Pembelajaran kanak-kanak lebih bermakna dan mengembirakan dari pembelajaran melalui pemerhatian. Kanak-kanak mampu meneroka sendiri dan merangsang kanak-kanak untuk berfikir. Contohnya guru menjalankan aktiviti demonstrasi terhadap kanak-kanak.
      Selain itu, memperkembangkan kesedaran dari segi susunan dan aktiviti, koordinasi badan, kesedaran dari segi tanggapan dan kemahiran amali untuk kanak-kanak lelaki. Selain itu memperkembangkannya dari segi konsep matematik, kemahiran bahasa, menulis, membaca bagi kanak-kanak perempuan. Seterusnya, kebiasaan dari segi seni kreatif, kefahaman mengenai alam semula jadi dalam persekitaran serta memahami sains sosial dan membekalkan pengalaman dari segi kemahiran berfikir secara kritikal melalui teknik penyelesaian masalah. Seterusnnya suasana persekitaran program juga mempunyai kawasan yang mengembirakan, ceria, luas supaya kanak-kanak boleh bergerak dengan bebas derta dilengkapi dengan taman permainan dan tempat untuk berkebun.
      Persekitaran prasekolaah sangat penting untuk merangsang pembelajaran kanak-kanak. Walaupun demikan, hiasan bilik darjah tidak berpihak kepada kanak-kanak perempuan sahaja. Namun membantu kanak-kanak lelaki dari segi mencampur adukkan hiasan berunsurkan minat kanak-kanak lelaki. Peralatan seperti meja, almari, sinki basuh tangan, papan hitam dan sebagainya bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak untuk memudahkan mereka mencapai sesuatu peralatan serta mengelakkan sebarang kemalangan berlaku semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Disamping itu juga, membentuk aktiviti yang boleh membentuk kanak-kanak samada melibatkan diri secara perseorangan ataupun berkumpulan.Kanak-kanak juga bebas untuk memilih aktiviti-aktiviti yang disukai sekaligus kanak-kanak yang muda mempelajari aktiviti tertentu melalui pemerhatian dan peniruan rakan-rakan yang lebih tua.
      Melalui model ini, peranan guru sangat penting untuk mengawal keadaan kanak-kanak serta memerhati kanak-kanak dari jauh dan melibatkan semasa membuat demontrasi terhadap kanak-kanak. Walaubagaimanapun guru tidak akan memuji kanak-kanak kerana matlamat aktiviti adalah untuk mendapatkan motivasi intristrik. Seterusnya, bahan-bahan yang digunakan juga mempunyai ciri-ciri khusus tidak membahayakan dan berfungsi untuk menjadi alat bantu mengajar. Apabila kanak-kanak melakukan sesuatu perkara, mereka akan mendapat maklumat setelah berjaya melalukan sesuatu aktiviti. Pengunaan bahan-bahan semua jadi ditekankan dalam model ini.
      Seterusnya dari segi kurikulum terbahagi kepada beberapa set aktiviti iaitu pembelajaran yang berkaitan dengan hidup sebenar, pembelajaran yang berkaitan dengan deria dan pembelajaran yang bercorak akedemik. Aktiviti kehidupan harian adalah berbentuk pratikal. Bagi aktiviti kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan ialah membutang baju, memasang tali kasut, memgilap kasut dan menyikat rambut. Selain itu aktiviti khususnya untuk kanak-kanak lelaki adalah memcuci tingkap, menyusun meja dan kerusi, mengelap meja dan mengangkat barang mainan. Manakala untuk kanak-kanak perempuan iaitu menyapu sampah dan mengemas meja.
      Selain itu, kurikulum dari segi bahan deria adalah untuk memperkembangkan deria kanak-kanak melalui alat bantu mengajar seperti Pink Interlocking, cubes tower dan Nester untuk kanak-kanak perempuan. Namun kanak-kanak lelaki boleh membantu kanak-kanak perempuan untuk mengangkat mainan tersebut dan simpan pada rak yang disediakan. Bagi kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan boleh mengunakan alat bantu mengajar dengan mengunakan Wooden Shapes dan Numbers untuk mata pelajaran matematik. Bagi kanak-kanak lelaki, tambahkan aktiviti dengan membawa kanak-kaak keluar dari bilik darjah untuk mengutip batu, daun dan sebagainya mengikut jumlah yang ditetapkan oleh guru tersebut. Hal ini dapat membantu kanak-kanak lelaki dan meningkatkan tahap perkembangan motor kanak-kanak.
      Seterusnya, bagi alat bantu mengajar seperti butterfly wave, tray puzzle dan fruits 3.D felt motif set, kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki boleh melaksanakan aktivti tersebut di dalam bilik darjah dengan situasi yang berbeza. Dengan mengunakan model membantu kanak-kanak lelaki membelai kanak-kanak perempuan, aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan. Setiap kumpulan terdiri sekurang-kurangnya satu kanak-kanak lelaki sebagai ketua kumpulan. Sebagai ketua kumpulan haruslah mempunyai daya kecerdasan dan kekuatan dari segi fizikal. Contohnya, guru mengarahkan setiap kumpulan untuk menyelesaikan puzzle secara bertanding, apabila selesai menyusun, ketua kumpulan akan berlari ke hadapan kelas dan menunjukkan hasil kerja mereka. Bagi kumpulan yang pantas akan memenangi pertandingan tersebut.
      Bagi first storytime book dan cd set juga haruslah mengandungi unsur-unsur naluri kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan. Dalam pembelajaran, selagi tidak melibatkan aktiviti luar kelas dan tidak lasak dengan hanya fokus dengan naluri kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan masih boleh mengikut rentak ataupun gaya belajar kanak-kanak lelaki, berbanding daripada kanak-kanak lelaki tidak mampu mengikut gaya belajar kanak-kanak perempuan. Seterusnya, alat bantu mengajar  3-D dapat meningkatkan lagi tahap perkembangan motor kasar kanak-kanak. Contohnya, Ten ring Puzzle Stacker, Wood Sequence Patterns dan Bead dapat membantu kanak-kanak lelaki untuk meneroka dan membina kemahiran sedia ada. Hal ini kerana tingkah laku kanak-kanak merupakan satu usaha untuk mempelajari mengenai persekitaran dengan mengunakan tangan mereka.
4.0   Contoh Rutin Harian
Masa
Rutin
8.30am-9.00am
(Ketibaan tidak termasuk dalam rutin harian)
1.Ketibaan
-Ketibaan kanak-kanak
-Tukis nama
-kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki memilih aktiviti yang diminati yang sudah disediakan atas meja
-Kanak-kanak perempuan:minum susu
-Kanak-kanak lelaki:minum milo
9.00am-9.10am
(10 minit)
2.Persediaan awal/Rutin
-Kemaskan minuman
-Cuci tangan
-Perhimpunan. Menyanyi lagu ‘negaraku’ dan lagu prasekolah
-Kanak-kanak lelaki: Menaikkan bendera semasa menyanyi lagu
-Doa dan kalender
9.10am-9.30am
(20 minit)
3.Perbualan Pagi
- Perbualan awal mengenai tema ataupun isu semasa
-Bersoal jawab dengan pengalaman lalu
-Peraturan
-Penerangan aktiviti sepanjang hari tersebut
-Mengucapkan selamat Hari jadi kepada yang menyambut hari lahir pada hari tersebut
9.30am-10.00am
(30 minit)
4.Aktiviti dalam kelas (Bahasa Melayu)
-Mengenal jenis buah-buahan dengan mengunakan Fruits 3-D Felt Motif set
-Guru membentuk kumpulan
-Kanak-kanak perempuan: berkumpul dalam kumpulan
-Kanak-kanak lelaki: mengambil dan mengangkat bahan maujud ditempat masing-masing
-Bermain
10.00am-10.30am
(30 minit)
5.Makan
- Doa makan sebelum dan selepas
-Gosok gigi
6.Rehat
-Kanak-kanak perempuan: sudut literasi, bahan bacaan
-Kanak-kanak lelaki: Bermain kereta mainan
10.30am-11.00am
(30minit)
7.Aktiviti dalam kelas (Matematik)
-Mengenal bentuk dan nombor dengan mengunakan Wooden Shapes dan nombor
-Kanak-kanak perempuan: Mengunakan alat bantu mengajar dalam kelas dengan perhatian pembantu prasekolah
-Kanak-kanak lelaki: Mengambil daun ataupun batu di luar kelas mengikut jumlah yang ditetapkan oleh guru dengan perhatian guru
11.00am-11.30am
(30 minit)
8.Aktiviti luar kelas (Aktiviti Fizikal)
-Kanak-kanak menyiram bunga di kawasan prasekolah
-Kanak-kanak perempuan: Mengembur bunga
-Kanak-kanak lelaki: Mengangkat dan menyembur bunga
11.30am-11.50am
(20 minit)
9.Aktiviti dalam kelas (Bahasa Inggeris)
-Kanak-kanak mendengar cerita
-Kanak-kanak perempuan: Mendengar dan meneroka sendiri
-Kanak-kanak lelaki: Melakonkan semula cerita tersebut
11.50am-12.00am
(10 minit)
10.Refleksi
-Imbas kembali aktiviti
-Pesanan untuk keesokan hari
-Berkemas
-Doa
-Kanak-kanak perempuan: Mengemas meja
-Kanak-kanak lelaki: Menyimpan barang-barang yang digunakan ke dalam rak tertentu
12.00am
11.Selamat tinggal “Home sweet home”
-Penglibatan ibubapa
            Implikasi daripada rutin harian ini membawa kepada membantu kanak-kanak lelaki dan membelai kanak-kanak perempuan dari segi kurikulum untuk menekankan peranan kanak-kanak mengikut jantina. Menerapkan nilai untuk menonjolkan setiap perbezaan individu mempunyai peranan watak tertentu. Disamping itu juga, membantu kanak-kanak untuk meneroka kemahiran dan pengalaman baru melalui kurikulum yang berasakan kepada naluri kanak-kanak sekaligus membelai kanak-kanak perempuan dengan memberikan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kecerdasan fizikal kanak-kanak perempuan.
            Disamping itu juga, memudahkan kanak-kanak lelaki supaya belajar sesuatu pengalaman baru tanpa paksaan untuk mengikut gaya pembelajaran kanak-kanak perempuan. Gaya pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gaya pembelajaran kanak-kanak lelaki adalah berbeza dan memerlukan pendekatan yang berbeza kepada kanak-kanak. Kaedah mengajar dengan mengunakan deria sangat menyeronokan. Apabila kaedah mengajar ini di variasikan kepada kurikulum yang tidak menyebelai pihak iaitu bersesuaian dengan kedua-dua pihak samada kanak-kanak perempuan ataupun kanak-kanak lelaki .
            Selain itu, melalui sensori deria juga kanak-kanak dapat menyentuh, mendengar, melihat ,menghidu, merasa dan keseimbangan. Ransangan pelbagai deria yang bersesuaian yang diberikan dalam suasana kasih sayang dan penjagaan rapi kepada kanak-kanak perempuan terhadap keperluan kanak-kanak bagi membantu perkembangan otaknya. Persekitaran dan ruang yang luas terhadap kanak-kanak lelaki membantu memperkembangkan tahap emosi kanak-kanak serta tabah menghadapi cabaran.
5.0  Kepentingan Model ‘Helping Boys Nurturing Girls’
Model ini merupakan usaha berterusan untuk membantu kanak-kanak lelaki supaya tidak dipinggirkan dalam pendidikan. Hal ini terbukti, kebanyakkanya pelajar-pelajar yang memasuki ke menara gading adalah dalam kalangan perempuan. Ada pun dalam bilangan yang sedikit, hal ini kerana berpunca dari prasekolah yang tidak menjurus kepada kurikulum kanak-kanak lelaki menyebabkan kanak-kanak tersebut hilang minat untuk teruskan pembelajaran ke sekolah rendah, sekolah menengah dan seterusnya ke institusi pengajian tinggi disebabkan kurikulum pengajaran dan teknik yang digunakan tidak menarik perhatian dan bersesuaian dengan naluri kanak-kanak lelaki.
            Model ini penting bagi menekankan pembelajaran penerokaan kepada persekitaran bagi membolehkan kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan belajar menurut naluri dan minat masing-masing. Beberapa kajian menunjukkan kanak-kanak lelaki lebih berkemungkinan menghadapi masalah penyesuaian kepada kehidupan sekolah berbanding perempuan di peringkat awal persekolahan.  Ini disebabkan persekitaran bilik darjah memerlukan disiplin yang kurang digalakkan dalam proses sosialisasi awal kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan.  Walaubagaimanapun, kanak-kanak lelaki menerima lebih perhatian daripada guru, sama ada berbentuk positif atau negatif.  Mereka juga menjadi orang utama dalam bilik darjah, dengan guru cenderung lebih berinteraksi dengan kanak-kanak lelaki (Frazier and Sadker, 1973; Sadker et al., 1986).
            Seterusnya, Model ini dapat membentuk jati diri kanak-kanak lelaki untuk bertindak mengikut peranan mereka dan tidak terikut-ikut kepada perwatakan berlainan jantina. Menurut penulis, kebanyakkannya lelaki yang memasuki ke Institusi Tinggi lebih kepada perwatakan keperempuanan. Oleh itu, hasil daripada model “helping boys nurturing girls” kanak-kanak lelaki dapat membentuk satu ciri yang universel, bekalan untuk masa yang akan datang. Selain itu, model ini memperkembangkan lagi potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Disamping itu, melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara iaitu mendapat pendidikan terus sehingga ke universiti.
6.0  Kesimpulan
Tuntasnya, pendidikan prasekolah penting bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun untuk memberikan kemahiran asas seperti menulis, membaca dan megira. Hal ini sebagai satu persediaan ke peringkat persekolahan seterusnya iaitu persekolahan formal di sekolah rendah. Pendekatan dan kaedah pengajaran yang digunakan oleh sesebuah model prasekolah yang dilaksanakan oleh guru haruslah menarik minat kanak-kanak dan bersesuaian dengan tahap kognitif kanak-kanak. Jangan mengajar aras yang terlalu tinggi ataupun terlalu rendah. Selain itu, pendidikan prasekolah ini menghasilkan suasana persekitaran yang menyeronokan dan kanak-kanak mendapat pembelajaran yang bermakna. Disamping itu kurikulum yang digunakan dalam sesebuah prasekolah mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, sosial, rohani dan intelek kanak-kanak. Pada tahap ini merupakan masa kritikal bagi kanak-kanak untuk meneroka pengalaman baru.  Sebanyak mana skema yang diperolehi oleh kanak-kanak pada tahap prasekolah akan disimpan untuk persediaan ke persekolahan formal.  Ia memudahkan kanak-kanak untuk mengintepresi kemahiran asas agar mampu menyelesaikan masalah bergantung bagaimana kanak-kanak mengasimilasi dan mengadaptasi skema yang diperolehi oleh kanak-kanak itu sendiri untuk menghasilkan keseimbangan terhadap tingkah laku kanak-kanak.
7.0  Bibliografi
      <!–[if supportFields]> BIBLIOGRAPHY  \l 1033 <![endif]–>Prof.Madya Dr.Rohani Abdulah, Nani Menon & Mohd.Sharani Ahmad. (2007).                  Panduan Kurikulum Prasekolah. PTS PROFESSIONAL Publishing  Shd.Bhd.
            Ramlah Jantan & Mahani Razali. (2004). Psikologi Pendidikan-Pendekatan                       Kontemporari. Perak: McGraw-Hill(Malaysia) Sdn.Bhd.
            Zakri Bin Mohd  Zain. (2011). Perancangan, Penubuhan Dan Pengurusan                         Prasekolah I.Port Dickson:Diploma Pendidikan Prasekolah Kolej UNITI
            Fatimah Abdullah, Sarnon,M.,Hoesni, S.M & Wan Azreena W.J.(Jidil 3, Bilang                  1, 2008) Dari halaman rumah ke hadapan layar:Pola bermain dan                                     fungsinya kepada perkembangan kanak. Sumber journal pendidikan:                http://pkukmweb.ukm.my/ebangi/papers/2008/fatimah08.pdf
0

Pendekatan dan Teknik Pengajaran Prasekolah

DPP 2113
PENDEKATAN DAN TEKNIK PENGAJARAN PRASEKOLAH
Nama :Setphene Tomi
No.Matrik :8331
Kumpulan :E
Semester :3
______________________________________________________________________________
1.0 Pengenalan

Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003), Pendidikan Prasekolah didefinisikan sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan diperingkat sekolah rendah. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat. Menurut Rohaty Mohd Majzub (2003), pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu.

Pendidikan Prasekolah sangat penting kepada kanak-kanak dalam kalangan 4 hingga 6 tahun kerana ia merupakan jambatan kepada kanak-kanak dari rumah ke sekolah yang akan meneruskan ke pendidikan formal. Selain itu, pengalaman awal penting akan diperolehi oleh kanak-kanak dalam dunia persekolahan prasekolah. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal. 

Pendidikan prasekolah di Malaysia memberikan peluang yang adil terhadap semua golongan kanak-kanak . Malahan tidak mengira latar belakang kanak-kanak, agama, kesihatan fizikal, intelek dan mental kanak-kanak. Dengan adanya peluang ini, ia dapat merealisasikan matlamat pendidikan Negara dengan tahap pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak agar dapat merangsang daya pemikiran kanak-kanak, membina sikap yang positif dan akhlak yang baik serta berfokuskan kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu. 

2.0 Jenis Pendekatan dan Teknik Pengajaran

Menurut Parera (1986), pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma iaitu penyataan yang diterima umum dan menjadi asa kepada sesuatu huraian. Seterusnya, pendekatan merupakan satu kumpulan, andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa (Kamarudin Hj.Husin, 1988). 

“Playing and learning” merupakan satu konsep keseluruhan yang diterapkan dalam pendekatan pengajaran guru prasekolah. Ia bermaksud pengajaran yang disampaikan secara tidak formal dengan menyelitkan unsur permainan yang mengarah pembelajaran. Kanak-kanak bermain dan dalam masa yang sama mereka mendapat manfaat pembelajaran hasil daripada permainan yang sesuai dengan naluri kanak-kanak yang daripada segi fitrahnya bermain adalah cara mereka belajar (Bustam Kamri 2004;Putri Zabariah 2005). 

Sebagai bakal guru prasekolah, banyak pendekatan yang boleh digunakan untuk melaksanakan sesebuah sesi pembelajaran dan pengajaran yang bermakna dan mengembirakan bagi kanak-kanak. Contohnya dengan mengunakan kaedah pendekatan bertema. Pendekatan bertema melibatkan dua situasi samada kandungan pembelajaran boleh ditentukan oleh guru ataupun dengan iniasiatif murid-murid. Seterusnya, pengalaman belajar digabungkan dalam bidang yang luas serta kepelbagaian topik tetapi tidak mendalam serta bersesuaian dengan umur dan tahap perkembangan kanak-kanak dalam pendidikan awal kank-kanak. 

Seterusnya, pengajaran juga berdasarkan tema yang dipilih dengan melangkaui bidang ataupun komponen. Sebagai contoh, komponen-komponen digabungkan dengan mengunakan satu tema. Kandungan dan hasil pembelajaran setiap bidang juga saling berbeza. Contohnya dengan mengunakan komponen koginitf iaitu dengan bertemakan alam hidupan serta subtema rama-rama dengan kandungan pengajaran konsep nombor dengan mengetahui konsep nombor iaitu menyusun nombor 1-10. Dengan bantuan alat bantu mengajar iaitu origami rama-rama yang mempunyai tulisan nombor 1 sehingga 10. Disamping itu juga, guru menyediakan origami rama-rama pelbagai warna untuk menarik minat murid-murid untuk bergiat aktif. 

Sekaligus, murid-murid dapat memegang dan melihat bentuk rama-rama yang sebenar serta ia bukan sahaja merangsang perkembangan otak malahan akan mempengaruhi tahap perkembangan motor halus murid-murid. Secara objektifnya, hasil daripada pembelajaran ini murid-murid dapat menyusun rama-rama dari bilangan 1- 10 mengikut urutan yang betul. Di samping itu melalui penyusunan tersebut murid-murid boleh menyelesaikan masalah bermain sambil belajar.Teknik pengajaran sangat penting dalam sesebuah prasekolah. Guru haruslah kreatif dan berinovasi untuk mempelbagaikan teknik pengajaran supaya murid-murid tidak berasa bosan dengan teknik pengajaran yang digunakan.

Sebagai bakal guru prasekolah, guru bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti berserta teknik yang bersesuaian kepada murid-murid untuk mencapai objektif pengajaran yang ingin disampaikan. Menurut Edward M.Anthony, teknik merupakan satu muslihat atau strategi, taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagaian tertentu. Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar berlaku didalam bilik darjah dimana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objek ( Kamaruddin Hj. Husin& Siti Hajar Hj. Abdul Aziz ). 

Teknik pengajaran adalah satu inisiatif atau cara-cara yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum ketika menyampaikan sesuatu pengajaran. Teknik dicipta dan ditentukan sebelum pelaksanaan pengajaran. Setiap teknik yang digunakan adalah selaras dengan kaedah yang digunakan dan sejajar pula dengan pendekatan yang dipegang. Teknik pengajaran juga boleh dirujuk sebagai alat yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk murid-muridnya. Berkesinambungan dengan kaedah pendekatan yang digunakan, pemilihan teknik penyelesaian masalah dapat membantu untuk mencapai standard kandungan pengajaran yang dijalankan oleh guru. 

Teknik penyelesaian masalah adalah aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk nombor, perkataan, teka teki, silang kata dan kuiz. Teknik ini memerlukan murid-murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang ditimbulkan. Teknik ini melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing murid-murid memahami dan mengenal pasti ciri-ciri masalah, mengingat semula pengalaman lalu, memilih strategi yang sesuai, dan menggunakan kemahiran lisan untuk menjalankan aktiviti penyelesaian. 
Terdapat beberapa prinsip dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui teknik ini adalah guru mengajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah iaitu menyusun bilangan nombor 1 sehingga 10. Murid-murid akan meniru tingkah laku guru tersebut serta berusaha untuk meingatinya. Apabila murid-murid sudah menguasai penyusunan nombor tersebut, guru akan membentuk murid-murid dalam beberapa kumpulan kecil untuk melakukan penyusunan nombor sambil bermain. Guru akan mengarahkan murid-murid untuk menyelesaikan penyusunan nombor dalam kumpulan dan memberikan ganjaran kepada ahli kumpulan yang akan berjaya menyusun nombor dengan cepat. Oleh hal yang demikian murid-murid berasa sangat seronok untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pembelajaran murid-murid juga sangat bermakna bagi murid-murid. Kumpulan yang mendahului, akan menerima ganjaran dalam berbentuk hadiah. Guru haruslah menunaikan pada yang dijanjikan kepada murid-murid untuk mengelakkan murid-murid bertingkah laku yang tidak baik. 
3.0 Kesimpulan 
Secara kesimpulannya, pemilihan jenis-jenis pendekatan dan teknik pengajaran bergantung pada sesorang guru prasekolah. Guru haruslah merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kebolehan kanak-kanak. Janganlah terlalu tinggi arasnya. Seorang juga guru haruslah menpunyai daya kreatif dan inovasi yang sangat tinggi unutk mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Disamping itu juga penggunaan alat bantu mengajar sangat diperlukan untuk menarik perhatian dan menghasilkan suasana yang ceria dalam prasekolah. Hal ini kerana pada usia 4-6 tahun merupakan tahap perkembangan yang kritis dan kritikal terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial kanak-kanak. Oleh itu, sebagai pendidik yang bakal mendidik kanak-kanak haruslah menimba ilmu sebanyak mungkin sebagai bekalan untuk mendidik kanak-kanak di masa akan datang. 
Arus zaman permodenan yang semakin melanda di Negara ini membawa kepada perubahan taraf pendidikan yang semakin baik serta setanding dengan sistem pendidikan di luar Negara. Semua pihak haruslah berkerjasama sedaya upaya untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan bantuana dan juga masalah pembelajaran. Memberikan peluang pendidikan yang sama rata dan adil kepada kanak-kanak. Akhir sekali, khususnya kepada ibubapa haruslah menyedari pentingnya pemilihan prasekolah untuk anak-anak pada usia ini dan sentiasa peka terhadap keperluan anak masing-masing untuk membantu kanak-kanak meneroka dunia.
0

Tunjang sains dan teknologi-Awal matematik

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2008 digubal berdasarkan Falsafah pendidikan kebangsaan seperti berikut; “ Pendidikan di Malaysia adalh suatu usaha yang berterusan kearah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi,dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaa mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara”. 

Kurikulum standard Prasekolah Kebangsaan digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pemeblajaran yang patut diketahui dan bolah dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuaan. Kemahiran asas serta nilai dalam enam tunjang pembelajaran iaitu Tunjang Komunikasi, Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai, Tunjang Sosioemosi, Tunjang Fizikal dan Estetika, Tunjang Sains dan Teknologi dan Tunjang Kemanusiaan. 

Seterusnya, perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia memang tergolong dalam kaedah juga, iaitu teknik dan pendekatan. Menurut Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun. Manakala teknik pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 

Selain itu, menurut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. 

Melihat kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan sebagainya. Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai obektif pengajaran. 

Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long (1981) dan lain-lain.Belajar sambil bermain adalah konsep keseluruhan yang perlu diterapkan dalam pendekatan pengajaran guru di prasekolah. Maksud “ belajar sambil bermain” adalah pengajaran yang disampaikan secara tidak formal dengan menyelitkan unsur permainan yang mengarahkan pembelajaran. Kanak-kanak bermain dan dalam masa yang sama mereka mendapat manfaat pembelajaran hasil daripada permainan yang sesuai dengan naluri kanak-kanak yang daripada segi fitrahnya bermain adalah cara mereka belajar(Bustam Kamri 2004;Purti Zabariah 2005). 

Oleh itu, terdapat enam pendekatan yang boleh digunakan oleh guru semasa menjalankan aktiviti pengajaran di dalam kelas prasekolah iaitu pendekatan satu konsep, pendekatan bersepadu, pendekatan unit, pendekatan bertema, pendekatan inkuari arahan dan pendekatan projek.Seterusnya pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Secara umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. 

Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. 

Seterusnya menurut Akta Pendidikan 1996(Akta 550). “Tadika” bermaksud mana-mana tempat diman Pendidikan Prasekolah disediakan untuk sepuluh murid atau lebih manakala “ pemdidikan prasekolah” bermaksud program pendidikan bagi murid yang berumur 4-6 tahun.Pendidikan Prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asa dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah. 

Perkembangan awal pemikiran matematik dalam kanak-kanak

Dari zaman Piaget lagi, kajian dalam bidang pemikiran awal kanak-kanak dalam matematik popular dikaji. Kajian-kajian awal telah menunjukkan bahawa perkembangan pemikiran kanak-kanak dalam bidang ini menunjukkan perkembangan yang berperingkat-peringkat, di mana terdapat limit yang jelas tentang kemahiran tertentu pada peringkat-peringkat yang tertentu (Piaget, 1952). Piaget dalam kajian awalnya telah mengaitkan limit-limit ini kepada tahap-tahap perkembangan kognitif yang telah dicadangkan dalam teorinya. Walau bagaimanapun, pengkaji-pengakij selepasnya mempunyai pandangan yang berlainan tentang kenapa kanak kanak menunjukkan limit tersebut (Donalson , 1978). Mereka berpendapt bahawa faktor-faktor lain seperti penggunaan bahasa dan keadaan persekitaran memainkan peranan dalam mempengaruhi limit kanak-kanak melakukan beberapa kemahiran yang telah dicadangkan oleh Piaget. 

Perkembangan awal dalam bidang matematik telah mula dijalankan diperingkat bayi lagi untuk melihat kebolehan mereka. Fokus pada peringkat pra-sekolah dan keatas bermula dengan kemahiran mengenali angka, membilang dan mengira angka-angka pada kuantiti yang lebih kecil ( Grffin, Case & Siegler, 1994) Perkembangan kanak-kanak dalam bidang awal matematik atau dalam mengenali angka nombor dan membilang bukan berdasarkan konsep “semua” atau “tiada langsung” (“all-or-nothing”) tetapi lebih berdasarkan kepada konsep perkembangan beransur-ansur yang melibatkan sesuatu penemuan dan pembinaan makna yang lebih mendalam, tentang angka dan konsep-konsep pengiraan (Baroody, 1987). Kanak-kanak belajar tentang nombor berdasarkan kepada pengalaman mereka (Ginsburg,1977). 

Ramai pengkaji mencadangkan kemahiran menyatakan bilangan kuantiti sesuatu objek dan membilang angka adalah kemahiran asas kanak-kanak yang dipelajari dan dibina (konstruk) oleh kanak-kanak semasa berumur 5 ke 6 tahun (Resnick, 1989; Gelman& Gallistel, 1978; Starkey, 1992). Gelman (1978) mendapati dalam kajiannya bahawa kanak-kanak pada peringkat pra-sekolah lagi telahmempunyai pengetahuan yang baik tentang kuantiti dalam bentuk angka dan membilang objek dengan tepat. Beliau juga menyimpulkan bahawa belajar membilang adalah asas kepada kemahiran menggunakan angka bagi kanak-kanak.Jadual di bawa adalah satu model perkembangan tahap-tahap perkembangan konsep membilang yang dicadangkan oleh Fuson & rakan-rakan, (1982). 

Walaupun berbagai kajian awal telah dijalankan mengenai perkembangan awal kanak-kanak dalam kebolehan matematik tetapi masih tidak jelas kalau kemahiran ini merupakan sebahagian daripada kemahiran konseptual atau prosedur (Siegler, 1991; Gelman dan rakan-rakan, 1978). Pengetahuan tentang bagaimana pengetahuan ilmu dalam bentuk konsep dan ilmu dalam bentuk prosedur berinteraksi adalah penting dalam mengetahui bagaimana kanak-kanak belajar membilang dan mengira (Hiebert & Lefevre, 1986). Pandangan bagaimana kedua-dua ilmu ini berinteraksi telah menjadi perbahasan dalam perkembangan pengetahuan matematik awal kanak-kanak. Sebagai contoh, ada pengkaji yang menyatakan bahawa kanak-kanak membina prosedur untuk membilang dan mengira berdasarkan prinsip mengira yang mereka tahu (Gelman & Gallistel, 1978; Gelman & Meck,1986). 

Prinsip ini termasuk pengetahuan bahawa nama bilangan angka perlu dipasangkan dengan satu objek sahaja dan nama angka yang disebut adalah penting. Ada pula pengkaji yang menyatakan bahawa kanak-kanak akan menghafal pengetahuan prosedur ini, dan kemudian membina pengetahuan tentang aspek konsep secara tidak formal (Broody & Ginsburg, 1986).Pada peringkat ini, masih belum jelas kemahiran prosedur atau konsep yang diperolehi tetapi yang jelas adalah kedua-dua kemahiran ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan kefahaman kanak-kanak dalam matematik. Bukti menunjukkan bahawa kedua-dua kemahiran tersebut memainkan peranan dalam kefahaman dan penggunaan makna angka di dalam konteks persekolahan dan di luar bilik darjah. Maka itu adalah penting untuk menekan kedua-dua kemahiran tersebut semasa mengajar kanak-kanak. 

 Kemahiran Matematik Informal Dan Formal Kanak-Kanak. 

Peringkat awal pemerolehan kemahiran matematik adalah penting, kerana ini akan mempengaruhi persepsi dan sikap kanak-kanak terhadap pembelajaran matematik sepanjang hayat mereka ( Renga & Dalla 1992). Ilmu awal dalam bidang matematik juga memainkan peranan dalam bagaimana seseorang membina dan memperolehi ilmu matematik pada masa hadapan. Ginsburg (1977) dalam kajiannya telah mencadangkan bahawa pemikiran informal tentang matematik telah wujud dalam kanak-kanak sejak sangat awal lagi. Sebenarnya, kebanyakan kanak-kanak, termasuk mereka yang berasal daripada keluarga yang miskin, datang ke prasekolah dengan serba sedikit kemahiran informal (Russell & Ginsburg, 1984). Kanak-kanak prasekolah ini secara amnya belajar konsep-konsep informal dari ahli keluarga, rakan, TV dan permainan mereka. Pengetahuan informal yang mereka bawa ini akan mempengaruhi bagaimana mereka belajar dan memahami matematik formal yang mereka akan pelajari di peringkat sekolah secara formal. Dalam bukunya, Children’s Mathematical Thinking: A developmental Framework For Preschool, Primary and Special Education Teachers, Baroody (1987) menyatakan bahawa tidak kira bagaimana kemahiran, simbol atau konsep matematik diajar di sekolah seseorang kanak-kanak akan mentafsirkan dan cuba menggunakan kemahiran yang formal ini berdasarkan pengetahuaan matematik informal yang sedia ada pada mereka. 

Kajian antara budaya menunjukkan bahawa terdapat banyak persamaan antara bagaimana kanak-kanak dari budaya yang berbeza belajar membilang dan mengira (Ginsburg & Baron, 1992). Kajian secara am (Klein & Starkey, 1988) dari berbagai budaya dan negara, termasuk mereka yang berpendidikan, tidak berpendidikan, kaya dan miskin menunjukkan persamaan dari segi perkembangan pemikiran informal tentang matematik. Ini termasuk mencampur dua nombor secara informal, sistem menyebut nombor dan membilang angka. Kajian yang dijalankan oleh Ginsburg & Russell (1981) mendapati bahawa strategi yang digunakan oleh kanak-kanak di Afrika adalah sama dengan strategi yang digunakan oleh kanak-kanak di Amerika. Dapatan kajian yang dijalankan di Brazil pula menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tidak bersekolah dan bekerja di tepi jalan, menunjukkan perkembangan pemikiran yang efektif dalam pengiraan secara mental tentang angka-angka. 

Secara ringkasnya, kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa perkembangan kebolehan informal dalam matematik mempunyai persamaan, tidak kira budaya, bangsa dan kelas sosial. Semua kanak-kanak dapat mengembangkan kebolehan asas dalam pemikiran tentang matematik. Ini, walau bagaimanapun tidak bermakna pemikiran dan perkembangan kanak-kanak adalah seiras tetapi ia menunjukkan corak perkembangan pemikiran yang sama. Kesimpulan yang boleh dibuat adalah, kanak-kanak daripada beberapa latarbelakang yang berbeza memperolehi pemikiran melalui proses yang sama. Tetapi kenapa ini berlaku? Sebelum itu mari kita lihat secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan pengetahuan matematik formal. 

Di kebanyakan masyarakat, kanak-kanak yang telah pun mempunyai pemikiran yang “berfungsi” tentang matematik pada peringkat umur antara 5 ke 7 tahun. Sekolah adalah adalah sesuatu institusi yang dibangunkan untuk mengajar dan menilai kanak-kanak ke atas “kearifan sosial”. Salah satu bentuk “kearifan sosial” ini adalah dalam bentuk pendidikan formal matematik. Bentuk formal matematik yang diajar dalam sekolah adalah dalam bentuk tulisan, disusun mengikut peraturan yang tertentu, mengandung bahan-bahan yang didefinisikan secara konvensional dan dipersetujui serta diorganisasi secara jelas. Matematik formal adalah apa yang dimaksudkan dengan ” sistem saintifik” oleh Vygotsky dalam bukunya “Thought and Language”(1968). Pengetahuan informal kanak-kanak pula adalah sistem yang spontan, melibatkan kebolehan mengetahui sesuatu tanpa berfikir, melibatkan emosi, tidak ternyata secara jelas dan sangat berkait dengan kejadian dalam kehidupan mereka. 

Faktor-faktor di atas menyebabkan berlakunya konflik antara pengetahuan informal yang dibawa oleh kanak-kanak dengan pengetahuan formal yang diajar di sekolah. Walaupun kita sebagai seorang dewasa melihat kegunaan matematik dalam kehidupan, kita tidak boleh membuat tanggapan yang sama bagi pihak kanak-kanak. Adalah salah kalau kita membuat tanggapan yang kanak-kanak akan belajar matematik tanpa mengambilkira bagaimana persembahannya atau cara perngajarannya. Kanak-kanak perlu membina atau mengkonstruk pengetahuan mereka sendiri. Cara ini akan menolong kanak-kanak memahami dan menggunakan kemahiran matematik dalam konteks bilik darjah dan di luar bilik darjah. 

 Konstruktivisme 

Seperti yang dicadangkan oleh Piaget ” untuk memahami perlu ada rekaan — “to understand is to invent” (Kamii, 1985). Pengetahuan matematik formal tidak boleh dipaksa ke atas kanak-kanak tetapi perlu dipersembahkan kepada kanak-kanak dalam bentuk yang menolong kanak-kanak itu mencipta sesuatu yang menjadi kepunyaannya (Saunders, 1992). Pelajar tidak dianggap sebagai tin kosong yang perlu diisikan dengan pengetahuan yang disalurkan dari guru-guru di sekolah. Pelajar mempunyai kebolehan dari segi kognitif dalam mengadaptasikan diri dan mengubahsuaikan pengetahuan yang diperolehi dalam membina sesuatu pengetahuan yang baru. Kajian-kajian di atas menekankan betapa perlunya membawa konsep konstrutivism dalam bilik darjah di sekolah-sekolah. 

Apa yang dimaksudkan dengan Konstrukivisme? Konstrukivisme bermaksud kita mengalami sesuatu yang baru melalui proses dalaman atau internal yang berdasarkan kepada pengalaman lalu. Resnick (1983) pula, menerangkannya sebagai satu peralatan kognitif pelajar. Sanders (1992) pula menyatakan ia berdasarkan kepada sesuatu yang telah disiasat dan ditemui. Konstruktivisme boleh dinyatakan sebagai sesuatu proses di mana seseorang membina kefahamannya sendiri terhadap sesuatu ilmu yang telah dipersembahkan kepadanya dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan lepas yang adaptasikan olehnya. 

 Impikasi Kepada Pendidikan Matematik Pada Peringkat Awal Kanak-Kanak. 

Dari kajian lepas dalam bidang awal pendidikan matematik kanak-kanak, jelas menunjukkan bahawa pengalaman lepas dalam pengetahuan informal memainkan peranan yang penting dalam menentukan bagaimana kanak-kanak belajar di sekolah. Dalam memperbaiki keberkesanan pendidikan matematik pada peringkat awal, guru-guru perlu membina “jambatan” antara pengetahuan yang dibawa oleh kanak-kanak dengan yang diajar dalam bilik darjah. Seterusnya kita akan bincangkan dan bandingkan cara pengajaran yang lebih tradisional dengan cara pengajaran konstruktif. Walaupun seseorang guru jarang membincangkan pandangan beliau tentang konsep pembelajarannya tetapi padanganbeliau akan mempengaruhi gaya pengajaran beliau. 

Seorang yang mempunyai pandangan bahawa seorang pelajar akan memperbaiki kemahiran dengan latihan yang banyak, menunjukkan kebarangkalian yang tinggi mempunyai pandangan konsep pengajaran “transmisi ilmu” dari seorang guru kepada muridnya.Seorang yang memegang pandangan konstruktivisme akan mempunyai tanggapan yang seorang pelajar adalah aktif dalam pembelajarannya. Seseorang pelajar itu sentiasa membawa idea dan fenomena dari pengalaman hariannya yang dapat digunakan dalam pembelajarannya di dalam bilik darjah. Kita perlu ingat yang pembelajaran matematik bukan sahaja melibat adaptasi ilmu yang baru tetapi juga 

melibatkan perubahan atau pengkikisan idea lama yang ada pada seseorang kanak-kanak. Ia perlu melibatkan sesuatu proses yang aktif di mana seseorang pelajar bertindak memahami dan membina kefahamannya sendiri tentang sesuatu konsep tertentu. 

Antara faktor-faktor penting yang perlu diambilkira dalam persekitaran konstruktivisme adalah ( adaptasi dari Driver dan Bell, 1985) “Output” pembelajaran tidak sahaja bergantung kepada persekitaran pembelajaran tetapi pengalaman, sikap dan matlamat pelajar yang terlibat, Pembelajaran melibatkan pembinaan ilmu melalui pengalaman dengan persekitaran fizikal melalui interaksi sosial, Proses konstruktif melibatkan hubungan antara ilmu atau pengalamanlepas dengan proses membentuk, memeriksa dan membina semula idea dan hipotesis, Ia juga melibatkan pengorganisasian semula idea-idea, Makna yang telah dibentuk tidak semestinya membawa kepercayaan, Proses pembelajaran bukan sesuatu yang pasif. Pelajar mempunyai matlamat dan boleh mengawal pembelajaran mereka sendiri. 

Antara penyesuaian yang digunakan adalah dalam mengadaptasikan konsep konstruktivisme dalam bilik darjah mereka adalah dengan membina konteks dalam menerangkan sesuatu konsep atau simbol di dalam darjah, mengkaitkan pengalaman dan pengetahuan yang ada pada kanak-kanak dengan konsep yang diperkenalkan kepada mereka, menekankan penggunaan konsep itu dalam kehidupan seharian, mengunakan peralatan seperti objek yang dapat dimanipulasikan oleh kanak-kanak dalam membina kefahaman mereka. 

 PENDEKATAN DAN KAEDAH PENYAMPAIAN 

Menurut Kostelnik (1989), “theme teaching involves offering children an array of activities built arround a central idea.” Machedo (1989) menyokong pendapat ini, iaitu tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek ataupun idea tertentu. Subjek ataupun idea ini menyeluruh dan merangkumi banyak bidang kurikulum. 

Pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak. 

Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka. 

Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapi tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arah pembelajaran.Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah kepada kedua-duanya; iaitu guru dan kanak-kanak.Kanak-kanak dapat mendalami topik yang disenaraikan. Di samping itu, kanak-kanak dapat belajar melalui pengalaman yang dilalui sendiri. 

Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai. Dengan adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan bertema membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan, di samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam berkenaan subjek ataupun idea utama. 

Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang berkaitan setiap kali merancang jadual aktiviti.Selain daripada menambahkan pengetahuan kognitif kanak-kanak, pengajaran dan pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri kepimpinan, berkeyakinan diri, sikap saling membantu, bertoleransi dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama antara kanak-kanak. 

Pendekatan bertema yang memberi kanak-kanak peluang bekerja dalam kumpulan bagi menyiapkan projek dapat meningkatkan kesedaran sosial serta pemahaman berkenaan peranan sosial dan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan. 

Dalam tunjang sains dan teknologi melalui nilai wang pendekatan yang paling sesuai digunakan ialah pendekatan bertema. Melalui pendekatan ini, tema alam alam hidupan boleh digunapakai. Contohnya tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran digunakan semasa simulasi jual beli dilaksanakan oleh murid-murid prasekolah. Sebelum simulasi jual beli dilakukan, guru akan mengajar murid-murid untuk duit yang berlainan nilai. Contohnya, guru menunjukkan kepada murid duit RM0.50, RM0.20, RM0.10 dan RM1. Guru akan memastikan murid-murid tahu nilai setiap wang yang ditunjukkan. 

Selain itu, guru akan mengajar murid-murid untuk menyusun nilai wang mengikut urutan sebelum menjalankan aktiviti jual beli. Ini bagi menjamin murid-murid dapat mengukuhkan daya ingatan mereka terhadap apa yang telah mereka pelajari. Contohnya, setelah murid-murid belajar untuk mengecam duit yang berlainan nilai dan menyusun nilai wang mengikut urutan, mereka akan lebih faham akan konsep nilai mata wang. 

Akhir sekali, semasa simulasi jual beli ini berlaku guru perlu memberi jumlah wang yang tepat kepada pembeli. Sebagai contohnya, dalam simulasi jual beli itu guru akan menyoal pembeli berapa bahan yang dijual. Apabila murid dapat menyebut haraga dengan betul maka guru akan memberi wang tersebut kepada murid. Tetapi jika murid tidak dapat menyebut harga tersebut murid akan terus disoal hingga dapat menyebut , jika tidak guru akan menyuruh murid untuk bertanya kepada penjual. 

Sebagai kesimpulan, pengalaman amat penting dalam sesebuah pembelajaran. Mengikut Saunders (1992) pelajar mempunyai kebolehan dari segi kognitif dan mengadaptasi diri dan mengubahsuai pengetahuan yang diperolehi dalam membina sesuatu pengatahuan yang baru. Contohnya, pengalaman murid-murid mengecam nilai duit yang berlainan nilai, menyusun nilai wang mengikut urutan dan pengalaman dalam simulasi jual beli dapat diadaptasi oleh murid dalam situasi yang lain tapi masih menggunakan konsep yang sama. 


0

Isu Semasa Mengenai Sistem Pendidikan Di Malaysia

Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan.Di samping itu dia dilatih untuk menguasai kemahiran mengajar dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada pelajarnya.Oleh itu guru sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu yang berguna dalam bidangnya.Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak.Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hari ini hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa.
Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi di antara individu dengan individu yang lain seperti seorang ibu dengan anaknya atau seorang pengikut dengan ketuanya atau seumpamanya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan beberapa individu yang lain seperti di antara seorang anak dengan kedua ibu bapa atau keluarganya atau dengan rakan sebaya,seorang guru dengan murid-muridnya atau seumpamanya.
Pendidikan juga merupakan suatu proses komunikasi dan interaksi di antara manusia dengan persekitarannya seperti sekolah, media massa, tempat tinggal, pekerjaan dan tempat bekerja serta institusi masyarakat lainnya.Oleh kerana pendidikan adalah suatu proses penerimaan dan penyebaran maklumat, maka ilmu dan budaya yang tersebar secara langsung dan tidak langsung akan mempengaruhi perkembangan fizikal, sosial dan rohani manusia.Oleh itu,isu profesion sebagai guru adalah perkara yang bukan main-main iaitu faktor gaji, beban kerja luntur minat.
Dalam era globalisasi yang semakin pesat ini, profesion sebagai seorang guru merupakan pilihan kedua bagi anak-anak muda disebabkan oleh faktor gaji meluntur kan minat para garaduan.Namun demikian,anak-anak muda haruslah mengerti bahawa profesion sebagai guru adalah perkerjan yang bukan menguntungkan dan tidak akan menjadikan kita seorang yang kaya.Walaubagaimanpun, perkerjaan sebagai guru adalah satu perkerjaan yang mulia serta kita mampu mempertabatkan dan meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Negara Malaysia.
Seperti yang kita sedia maklum,tugas sebagai seorang guru adalah sangat berat.Seorang guru mempunyai tiga tugas pokok yaitu tugas profesional, tugas manusiawi, dan tugas kemasyarakatan.Jika dikaitkan pembahasan tentang kebudayaan, maka tugas pertama berkaitan dengar logika dan estetika, tugas kedua dan ketiga berkaitan dengan etika.Tugas-tugas profesional dari seorang guru iaitu meneruskan atau transmisi ilmu pengetahuan, keterampilan dan nilai-nilai lain yang sejenis yang belum diketahui anak dan seharusnya diketahui oleh anak.Tugas manusiawi adalah tugas-tugas membantu anak didik agar dapat memenuhi tugas-tugas utama dan manusia kelak dengan sebaik-baiknya. Tugas-tugas manusiawi itu adalah transformasi diri, identifikasi diri sendiri dan pengertian tentang diri sendiri.Usaha membantu kearah ini seharusnya diberikan dalam rangka pengertian bahwa manusia hidup dalam satu unit organik dalam keseluruhan integralitasnya seperti yang telah digambarkan di atas. Hal ini bererti bahwa tugas pertama dan kedua harus dilaksanakan secara menyeluruh dan terpadu.
Guru seharusnya dengan melalui pendidikan mampu membantu anak didik untuk mengembangkan daya berpikir atau penalaran sedemikian rupa sehingga mampu untuk turut serta secara kreatif dalam proses transformasi kebudayaan ke arah keadaban demi perbaikan hidupnya sendiri dan kehidupan seluruh masyarakat di mana dia hidup.Tugas kemasyarakatan merupakan konsekuensi guru sebagai warga negara yang baik, turut mengemban dan melaksanakan apa-apa yang telah digariskan oleh bangsa dan Negara.Ketiga tugas guru itu harus dilaksanakan secara bersama-sama dalam kesatuan organis harmonis dan dinamis.
Seorang guru tidak hanya mengajar di dalam kelas saja tetapi seorang guru harus mampu menjadi katalisator, motivator dan dinamisator pembangunan tempat di mana ia bertempat tinggal.Seterusnya, peranan guru sebagai pendidik merupakan peranan-peranan yang berkaitan dengan tugas-tugas memberi bantuan dan dorongan,tugas-tugas pengawasan dan pembinaan  serta tugas-tugas yang berkaitan dengan mendisiplinkan anak agar anak itu menjadi patuh terhadap aturan-aturan sekolah dan norma hidup dalam keluarga dan masyarakat. Tugas-tugas ini berkaitan dengan meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan anak untuk memperoleh pengalaman-pengalaman lebih lanjut seperti penggunaan kesihatan jasmani, bebas dari orang tua, dan orang dewasa yang lain, moralitas tanggungjawab kemasyarakatan, pengetahuan dan keterampilan dasar, persiapan.untuk perkawinan dan hidup berkeluarga, pemilihan jabatan, dan hal-hal yang bersifat personal dan spiritual.Oleh karena itu tugas guru dapat disebut pendidik dan pemeliharaan anak. Guru sebagai penanggungjawab pendisiplinan anak harus mengontrol setiap aktivitas anak-anak agar tingkat laku anak tidak menyimpang dengan norma-norma yang ada.
Peranan guru sebagai model atau contoh bagi anak. Setiap anak mengharapkan guru mereka dapat menjadi contoh atau model baginya. Oleh karena itu tingkah laku pendidik baik guru, orang tua atau tokoh-tokoh masyarakat harus sesuai dengan norma-norma yang dianut oleh masyarakat, bangsa dan negara. Karena nilai-nilai dasar negara dan bangsa Indonesia adalah Pancasila, maka tingkah laku pendidik harus selalu diresapi oleh nilai-nilai Pancasila.Peranan guru sebagai pengajar dan pembimbing dalam pengalaman belajar. Setiap guru harus memberikan pengetahuan, keterampilan dan pengalaman lain di luar fungsi sekolah seperti persiapan perkawinan dan kehidupan keluarga, hasil belajar yang berupa tingkah laku pribadi dan spiritual dan memilih pekerjaan di masyarakat, hasil belajar yang berkaitan dengan tanggug jawab sosial tingkah laku sosial anak.
Kurikulum harus berisi hal-hal tersebut di atas sehingga anak memiliki pribadi yang sesuai dengan nilai-nilai hidup yang dianut oleh bangsa dan negaranya, mempunyai pengetahuan dan keterampilan dasar untuk hidup dalam masyarakat dan pengetahuan untuk mengembangkan kemampuannya lebih lanjut.Peranan guru sebagai pelajar. Seorang guru dituntut untuk selalu menambah pengetahuan dan keterampilan agar supaya pengetahuan dan keterampilan yang dirnilikinya tidak ketinggalan zaman. Pengetahuan dan keterampilan yang dikuasai tidak hanya terbatas pada pengetahuan yang berkaitan dengan pengembangan tugas profesional, tetapi juga tugas kemasyarakatan maupun tugas kemanusiaan.
Peranan guru sebagai setiawan dalam lembaga pendidikan. Seorang guru diharapkan dapat membantu kawannya yang memerlukan bantuan dalam mengembangkan kemampuannya. Bantuan dapat secara langsung melalui pertemuan-pertemuan resmi maupun pertemuan insidental.Peranan guru sebagai komunikator pembangunan masyarakat. Seorang guru diharapkan dapat berperan aktif dalam pembangunan di segala bidang yang sedang dilakukan. Ia dapat mengembangkan kemampuannya pada bidang-bidang dikuasainya.Oleh itu, seorang guru tidak hanya sebagai pendidik dan pengajar, tetapi juga sebagai administrator pada bidang pendidikan dan pengajaran. Oleh karena itu seorang guru dituntut bekerja secara administrasi teratur.Segala pelaksanaan dalam kaitannya proses belajar mengajar perlu diadministrasikan secara baik.Sebab administrasi yang dikerjakan seperti membuat rencana mengajar, mencatat hasil belajar dan sebagainya merupakan dokumen yang berharga bahwa ia telah melaksanakan tugasnya dengan baik.
Namun demikian, kebanyakannya anak muda tertekan beban tugas.Penghormatan masyarakat terhadap profesion keguruan yang agak hambar serta imbuhan pendapatan yang yang tidak setanding dengan golongan profesion yang boleh dikaitkan dengan motivasi guru.Cabaran yang dihadapi oleh guru ialah untuk memotivasikan diri menjadi pendidik selaras dengan  harapan ibubapa,masyarakat dan Negara.Faktor beban tugas yang boleh menimbulkan fenomenadalam kalangan guru, imbuhan kerja yang kurang menarik, kekurangan peluang kenaikan pangkat menjadi faktor penolak kepada guru untuk terus kekal dalam profesion yang mulia ini.
Selain itu, profesion perguruan yang pernah menjadi pilihan graduan atas faktor gaji dan waktu berkerja kini bukan lagi satu tarikan kepada anak muda ekoran daripada perubahan gaya sosial.Sedia maklum,faktor gaji dalam profesion perguruan adalah merupakan faktor utamanya lunturnya minat anak muda dalam profesion perguruan.Disamping itu juga, untuk menjadi seorang guru mereka haruslah dididik dengan sains sosial tetapi kebanyakan anak muda kini menganggap sains sosial sebagai satu jurusan yang membosankan kerana anak muda kini lebih berminat kepada yang bersifat realistik seperti penerokaan dan penciptaan.Penerokaan dan penciptaan lebih menarik perhatian dan minat anak-anak muda pada era globalisasi di Negara Malaysia.
Oleh itu,faktor utama dalam proses memilih kerjaya dimana hubungan anak tiada dengan kerjaya guru dilihat terlalu pasif dan relatif.Namun begitu,individu itu perlulah mempunyai minat dan sikap kasih terhadap anak-anak.Walaubagaimanapun, memilih calon yang layak untuk menjadi seorang guru walaupun tidak dinafikan ramai memohon.Jika hanya berminat dan cinta dengan profesion perguruan tetapi tidak mempunyai hati yang ikhlas usahlah bercita-cita menjadi guru.Seterusnya, jikalau hanya kerana terdesak dan tidak boleh memupuk perasaan, usahlah menjadi guru.Seorang guru haruslah mempunyai nilai keguruan iaitu sifat peribadi dan kualiti peribadi.Sifat peribadi yang harus ada pada seseorang guru adalah baik hati dan sabar dengan keadaan yag diihadapinya.
Disamping itu,guru haruslah mempunyai keyakinan dan penuh dengan jenaka untuk menarik perhatian kanak-kanak serta bertanggungjawab dengan tugas yang diamanahkan kepada guru dan mempunyai kepimpinan yang tinggi.Manakala seseorang guru tersebut haruslah mempunyai kualiti peribadi iaitu mempunyai kemesraan,seorang yang sentiasa tegas dan berwibawa.Seterusnya,bertindak secara adil,berdedikasi dan bertoleransi dalam segala perlakuan dan tindakan.Selain daripada itu, setiap guru haruslah mempunyai sifat sosial dan kualiti sosial supaya menjadi seorang pendidik yang cemerlang.Oleh itu, profesion guru adalah bukan main-main di kalangan anak muda kerana seorang guru haruslah mempunyai sifat yang terpuji iaitu budi pekerti dalam setiap perkara, ramah mesra dalam kalangan murid-murid, ibubapa murid serta rakan sekerja.Seterusnya, seorang guru yang sentiasa merendah diri,bersemangat berbakti dan jujur dalam sesuatu tindakan.
Selain daripada itu,seseorang yang bergelar guru haruslah mempunyai kualiti sosial yang baik.Contohnya, sentiasa berinovasi dalam perhubungan sosial, berperti mulia, mudah suai dengan pelajar serta ibubapa pelajar.Seterusnya, seorang yang berdaya kepimpinan dan kesedaran tentang persekitaran.Personaliti sebagai seorang guru adalah penting untuk memenuhi kateria-kateria yang ditetapkan.Seterusnya, terdapat beberapa cabaran profesion perguruan iaitu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan dalam kalangan guru serta mewujudkan pengurusan yang mesra pelanggan dan akauntabiliti kepada masyarakat.Disamping itu juga ia mampu mengurangkan karenah birokrasi dalam pendidikan dan membentuk kerja berpasukan yang dinamik.Profesion guru haruslah meningkatkan kualiti pendidikan melalui pengurusan sekolah yang berkesan, pengurusan kurikulum dan pembelajaran.Selain daripada itu, kerjaya sebagai seorang guru haruslah mengembangkan inovasi dan kreativiti dalam pengurusan pendidikan dan juga pengurusan bukan akademik.
Namun demikian,telah wujud usaha oleh pihak kerajaan untuk menangani isu ini dengan mempelbagaikan peluang kenaikan pangkat dan penyediaan struktur gaji yang lebih menarik serta penyediaan persekitaran kerja yang lebih kondusif demi kebajikan guru disamping untuk menarik perhatian individu menyertai profesion keguruan.Hal ini turut dinyatakan dalam pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dibawah teras strategik memertabatkan profesion keguruaan.
Tuntasnya, seseorang yang memilih profesion keguruan sebagai kerjayanya adalah seseorang yang benar-benar mempunyai keikhlasan yang mulia untuk mendidik kanak-kanak.Profesion sebagai guru adalah sangat penting kepada anak-anak untuk mengajar dan memberikan ilmu sebagai satu bekalan untuk terus menimba ilmu sebanyak mungkin.Tambahan pula, guru sangat berjasa kepada Negara kerana membantu pertumbuhan kecemerlangan kearah pembangunan Negara.Disamping itu juga,guru perlu meningkatkan perkembangan masing-masing.Perkembangan tersebut akan melibatkan pembentukan konsep kendiri.Seterusnya, mempengaruhi cara kerja seseorang guru.Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru tersebut melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan.Ini seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran seseorang.
Guru yang berketerampilan haruslah peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini.Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini.Mereka harus sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang perubahan sistem pendidikan agar pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini.
Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih dinamik. Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat kepada pelajar.Ini akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar terhadap seseorang guru.Konklusinya, Profesion keguruan adalah perkara yang serius dalam kalangan anak muda.Profesion keguruan adalah bukan sekadar perkara mainan dalam kalangan anak muda.Jika seseorang itu mempunyai minat dan ikhlas menabur ilmu serta mempunyai kebolehan untuk mengajar, faktor bebanan kerja dan gaji yang sedikit adalah bukan satu persoalan bagi mereka.

0

Demonstrasi


1.0 PENGENALAN
Sebagai seseorang individu yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan.Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja.Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.
Seterusnya, banyak penjelasan tentang pendekatan, strategi, kaedah mengajar secara demonstrasi serta teknik pengajaran demonstrasi..Konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah.Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan membuat sesuatu hukum atau prinsip.Justeru itu,sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.Lantaran itu,jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan.
Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng,merebus,memanggang atau mengukus. Oleh itu,untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul.Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu.Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti demonstrasi, bercerita, perbincangan, bermain, latihtubi, main peranan, menyelesaikan masalah, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, dan soalan.                                                                 
Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik  pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.Contohnya,jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalan maka kita perlu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat,murid-murid diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.
Ketika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai.Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan.Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai.Meskipun demikian,untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.Sebagai kesimpulan, sebelum memulakan pembelajaran dan pengajaran, pilihlah kaedah mengajar yang sesuai dengan apa yang hendak disampaikan kepada murid-murid.
2.0 PRINSIP DEMONSTRASI
Demonstrasi juga dikenali sebagai tunjuk cara.Demonstrasi ialah satu kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur yang tertentu.Ia melibatkan demonstrasi oleh guru di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah pembelajaran.Kuliah memerlukan murid mendengar manakala demonstrasi memerlukan murid memerhati.
 Dalam proses demonstrasi,terdapat satu komunikasi lisan secara lansung dari guru kepada murid.Ia juga melibatkan pendekatan berajah untuk memeriksa proses, maklumat dan idea. Demonstrasi membolehkan murid-murid memerhati bahan-bahan yang digunakan dan bagaimana mereka berfungsi.Terdapat demonstrasi tulen, demonstrasi dengan komen atau demonstrasi dengan penglibatan dari murid-murid.Lazimnya,guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti sebelum murid-murid melakukan aktiviti itu secara individu.Demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh murid- murid.
Demonstrasi boleh digunakan untuk mengilustrasikan hujah-hujah atau prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik, memberi model kemahiran mengajar dan menunjukkan kadar perubahan.Bagi menjalankan demonstrasi yang berkesan, guru merancang demonstrasi secara teliti, mempraktikkan demonstrasi, membentuk rangka demonstrasi, memastikan setiap murid memerhatikan demonstrasi, memperkenalkan demonstrasi untuk memfokus perhatian dan menggalakkan soalan serta merancangkan tindakan susulan.
Oleh itu,prinsip demonstrasi adalah penting untuk di dikuasaikan oleh bakal-bakal guru untuk melakukan demonstrasi dalam pembelajaran dan pengajaran.Kebiasaanya, tanpa menguasai prinsip-prinsip demonstrasi,guru tidak dapat melaksanakan demonstrasi yang berkesan terhadap murid-muridnya.Malahan, ini akan menyebabkan berlaku ketidakfahaman murid-murid terhadap pelajaran yang dipelajarinya.Ini akan merumitkan guru-guru untuk mengajar murid-murid supaya maklumat yang disampaikan tidak dapat disampaikan kepada murid-muridnya.
3.0  CIRI-CIRI DEMONSTRASI
Terdapat beberapa ciri-ciri demonstrasi yang penting kepada pelajar apabila guru mengunakan kaedah mengajar secara demonstrasi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan oleh guru.Dengan adanya demonstrasi,pelajar boleh memahami pelajaran yang dipelajarinya.Sebagai contoh,cara-cara menyelesaikan masalah matematik.
      Seterusnya, demonstrasi membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah dan berkesan.Contohnya,guru akan menunjukkan cara-cara ataupun prosedur bagaimana untuk menyelasaikan masalah matematik iaitu menyelesaikan soalan matrik.Oleh itu pelajar akan mudah menguasai konsep penyelesaian masalah tersebut dan dijadikan sebagai bekalan untuk menjawab soalan semasa peperiksaan.
Dengan adanya demontrasi, Ia Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen.Dalam sesuatu eksperimen murid-murid mempunyai langkah-langkah kerja supaya menghasilkan eksperiman yang berhasil.Sekiranya murid-murid tidak mengikuti langkah-langkah yang didemonstrasikan maka hasil eksperimen itu tidak akan berjaya.
Selain itu, demonstrasi akan meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti sama ada secara individu kepada rakan sekelasnya.Apabila murid-murid menguasai sepenuhnya pembelajaran tersebut,murid-murid akan mempunyai keyakinan untuk melakukan aktiviti itu semula tanpa tingkah laku yang ragu-ragu dalam kalangan murid-murid.Malahan, demonstrasi akan membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah dan jelas.
Oleh itu,kaedah mengajar secara demonstrasi sangat berkesan kerana mudah memahami apa yang dipelajarinya.Walaubagaimanapun, kaedah ini sangat berkesan apabila bersesuaian dengan topik pembelajaran untuk menarik minat pelajar supaya memberikan tumpuan yang sepenuhnya.
4.0 JENIS-JENIS DEMONSTRASI
Terdapat beberapa jenis demonstrasi yang boleh dipraktikkan iaitu demonstrasi tulin, demonstrasi dengan komen dan demonstrasi dengan penglibatan.Oleh itu, pelbagai jenis demonsrtasi yang boleh digunakan untuk menarik perhatian pelajar.Walaubagaimanapun, pemilihan jenis demonstrasi bergantung kepada kaedah yang bersesuaian untuk menghasilkan satu demonstrasi yang berkesan kepada murid-murid.
4.1 DEMONSTRASI SECARA TULEN
Demonstrasi Secara Tulen merupakan guru mendemonstrasi satu gerak balas atau aktiviti sebelum melakukan aktiviti itu secara individu.Murid-murid hanya memerhati, meningat, menguasai pelajaran tersebut.Apabila guru selesai mendemonstrasikan aktiviti tersebut maka murid-murid akan diberikan tugasan yang berkaitan dengan apa yang didemonstrasikan untuk diselesaikan oleh murid-murid dalam individu.
Ini akan memudahkan guru untuk mengkaji siapa-siapa muridnya yang dapat menguasai ataupun tidak menguasai pembelajarannya pada masa itu.Sekaligus guru dapat mengesan murid-muridnya yang kurang memberi perhatian semasa guru mengajar.
4.2DEMONSTRASI DENGAN KOMEN
Seterusnya, Demonstrasi Dengan Komen adalah demonstrasi guru ini dijadikan model gerak balas dan jangkaan oleh murid-murid.Apabila sesi demonstrasi berlangsung kanak-kanak akan meramal ataupun menjangkakan apakah proses atau tindakan selepas itu.Contohnya,guru akan memdemonstrasi cara melaksanakan sesuatu eskperimen.
Murid-murid boleh meramal apakah yang akan berlaku sekiranya air suling akan dipanaskan seperti suhunya akan meningkat sebanyak seratus darjah celisius.Disamping itu,murid dapat meramal tindakan balas apakah yang berlaku sekiranya satu garam akan dilarutkan kedalam air suling menyebabkan suhunya akan meningkat dan melebihi seratus darjah celisius.
 4.3DEMONSTRASI DENGAN PENGLIBATAN
            Demonstrasi dengan penglibatan bermaksud demonstrasi boleh digunakan untuk mengilustrasi hujah-hujah atau prosedur secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik, memberi model kemahiran mengajar dan menunjukan kadar penglibatan.Sebagai contoh,demonstrasi dijalankan dengan peranan guru dan murid-muridnya.Guru sering bertanya dengan murid-muridnya sebaliknya murid-murid akan sering bertanya dengan gurunya.
Demonstrasi ini melibatkan penglibatan guru dan murid-murid untuk melakukan ataupun menyelesaikan sesuatu topik.Oleh itu,demonstrasi seperti ini akan dijayakan dengan adanya penglibatan guru dan murid-murid.Guru dan murid-murid memainkan peranan penting dalam menyelasaikan masalah.
Sebagai contoh,penyelesaian masalah dari segi mata pelajaran pengajian akaun.Guru dan murid sering berinteraksi untuk menyelasaikan masalah tersebut sehinggalah mendapatkan jawapan akhir.
5.0 KEBAIKAN DEMONSTRASI
 Secara keseluruhannya,terdapat  kebaikan apabila mengunakan kaedah mengajar  demonstrasi.Antaranya ialah gambaran yang diberikan oleh guru jelas dan terperinci kepada pelajar.Malahan,pelajar mudah memahami fakta-fakta dan prinsip-prinsip pembelajaran dengan cepat dan berkesan.Walaubagaimanapun, ia bergantung  kepada pelajar tersebut untuk mengambil perhatian semasa guru sedang mendemostrasi.
Selain dari itu,kaedah demonstrasi ini dapat menarik perhatian pelajar supaya tidak membosankan.Sekiranya pelajar kurang faham,ia akan membangkitkan perasaan ingin tahu dan mula bertanya kepada guru.Disamping itu juga kaedah ini dapat memperkenalkan cara baru kepada pelajar dari segi pengihatan dan pendengaran. Pelajar yang membaca sambil melihat gambar boleh ingat dengan baik daripada hanya membaca teks sahaja.
Seterusnya, pengajaran yang menggunakan kaedah demonstrasi yang melibatkan anggota badan akan lebih mendatangkan kesan baik kepada pembelajaran.Proses pembelajaran akan lebih yang menyeronokkan sekiranya kurikulum yang digubal dan guru yang melaksanakan aktiviti yang selari dengan kehendak dan minat pelajar.Faktor pengajaran guru mempunyai pengaruh yang kuat terhadap prestasi pelajar.
Tambahan pula,penggunaan kaedah dan teknik mengajar perlu dipelbagaikan agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan.Pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran yang perlu dimasukkan dalam kelas.Kaedah pembelajaran ialah kaedah ceramah dan demonstrasi.
Apabila banyak teknik dan kaedah digabungkan dengan sepenuhnya,ia dapat menghasilkan pelajar yang mahir berbincang, mengeluarkan idea, saling bekerjasama, melalui bimbingan guru dan berkeyakinan tinggi untuk melaksanakan setiap tugasan yang diberikan oleh guru.Bukan saja melalui seseorang individu malah dari segi berkumpulan, murid-murid boleh mengeluarkan buah fikiranya sendiri menurut pemahaman seseorang individu tersebut.
6.0 KEBURUKAN DEMONSTRASI
Bidang pendidikan tidak dapat lari daripada menggunakan  kaedah pengajaran kepada guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.Guru yang lemah dari segi pengetahuan pedagogi akan melaksanakan pengajaran yang lebih bersifat tradisional iaitu guru-guru hanya berkuliah dan pelajar belajar secara hafalan.Guru juga akan kurang berupaya mengesan salah tanggapan pelajar tentang konsep.Tidak dinafikan lagi,dimana ada kebaikan disitu juga ada keburukan.
Secara keseluruhanya terdapat berapa keburukan kaedah mengajar demonstrasi iaitu guru lebih menumpukan kepada perkakas, peralatan dan bahan yang digunakan semasa mengajar.Seterusnya, berlakunya kekurangan peralatan atau kurang keupayaan untuk berfungsi akan menyebabkan tergendalanya sesi pengajaran dan pembelajaran.Disamping itu juga,guru-guru yang mengajar dengan hanya menggunakan buku teks sebagai pelajaran, hanya membuktikan yang dia tidak kreatif untuk menimbulkan suasana yang gembira dan akhirnya menjadikan kelas mereka bosan serta pelajar-pelajar tidak mendapat idea baru.
Hal ini menyebabkan fikiran pelajar menjadi beku dan tidak kreatif.Ada guru yang membosankan pelajar kerana cara pengajaran yang tidak berubah dari hari demi hari, minggu demi minggu dan tahun demi tahun.Sepatutnya yang perlu digunakan adalah sedikit demi sedikit bagi mengubah cara penyampaian, mencari pendapat baru atau mencuba kaedah baru dan menggunakan bantuan peralatan bagi menyokong pengajarannya.Guru harus memahami citarasa pelajarnya yang masih bergelar kanak-kanak dan cuba menyesuaikan pengajaranya.
Sedia maklum kanak-kanak tidak berminat untuk mengikuti pelajaran dalam kelas adalah kerana corak dan pola pengajaran yang membosankan mereka.Kaedah pengajaran guru juga mempengaruhi keberkesanan terhadap pencapaian akademik kanak-kanak. Ini kerana gaya pengajaran yang tidak selaras dengan gaya pembelajaran kanak-kanak boleh mengelirukan pelajar dan seterusnya menggangu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Dalam keadaan sedemikian, kanak-kanak menjadi mangsa dan seterusnya masih lemah dalam mata pelajaran terbabit.
Jadi, salah satu alternatif untuk mempertingkatkan lagi proses pembelajaran kanak-kanak adalah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran yang diajar di Tabika.Guru memainkan peranan yang penting bagi mempengaruhi keberkesanan pembelajaran kanak-kanak.Tugas guru bukan sahaja sekadar mengajar dan mendidik bakal-bakal tunggak negara malah mereka juga merupakan model bagi kanak-kanak.Kanak-kanak akan mencontohi sikap guru yang ditonjolkan, jika baik maka baiklah jadinya begitu juga bagi keadaan sebaliknya.
Tuntasnya,seorang guru perlu mengetahui secara mendalam apa yang hendak disampaikan kepada kanak-kanak kerana pengetahuan dan kemahiran guru akan menimbulkan rasa percaya dalam dirinya, seterusnya menambahkan kepercayaan kanak-kanak terhadap guru.Guru tidak boleh mengajar sekiranya guru sendiri tidak memahami apa yang hendak diajar kepada pelajarnya.Guru mesti mengetahui apa yang mereka hendak sampaikan untuk pelajarnya dan tahu cara untuk memindahkan ilmu tersebut kepada para pelajarnya dalam bentuk yang boleh diterima oleh pelajar.
7.0  CARA- CARA MELAKSANAKAN DEMONSTRASI
7.1SEBELUM MELAKSANKAN AKTIVITI DEMONSTRASI
            Sebelum guru melaksanakan aktiviti demonstrasi,guru haruslah memilih topik yang sesuai dengan kaedah pengajaran demonstrasi.Sekiranya kaedah mengajar tidak bersesuaian dengan apa yang ingin diajar akan menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan tidak akan diterima oleh murid.Seterusnya guru haruslah menyediakan peralatan yang secukupnya dan lengkap sebelum melaksanakan  aktiviti demonstrasi.Selain itu,guru mestilah memastikan tempat yang dipilih besesuaian.
Guru juga haruslah menentukan masa yang diambil semasa melakukan aktiviti demonstrasi.Janganlah mengambil masa yang terlalu lama untuk melaksanakan demonstrasi untuk menghindarkan daripada murid-murid merasa penat untuk berfikir.Pastikan masa itu bersesuaian dengan topik yang akan diajar.Serta, guru haruslah memastikan bahan yang digunakan dapat dilihat oleh murid-murid.Hindarkan daripada mengunakan bahan yang kecil kerana ia akan merumitkan murid-murid untuk melihat benda tersebut.
Perancangan yang sistematik sebelum melaksanakan demonstrasi adalah amat penting sebagai landasan seseorang guru untuk melakukan demonstrasi yang berkesan kepada murid-murid.Tanpa perancangan, guru tidak mampu melakukan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
7.2SEMASA MELAKSANAKAN AKTIVITI DEMONSTRASI
            Semasa melaksanakan aktiviti demonstrasi,pastikan suara guru jelas dan lantang semasa menjalankan aktiviti demonstrasi.Nada suara yang lantang diperlukan oleh murid-murid supaya jelas didengarnya.Disamping itu,guru haruslah menerangkan sekali lagi sekiranya pelajar belum memahami, kurang faham dengan cara melaksanakan kerja praktik ataupun latihtubi.Ini akan berlaku kerana tahap kognitif murid-murid adalah berbeza.Terdapat murid-murid yang menangkap maklumat dengan cepat,terdapat juga murid-murid yang lambat menerima maklumat.Oleh itu, guru haruslah peka terhadap murid-murid semasa dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.
Seterusnya, guru mestilah meluangkan masa untuk menyoal pelajar bagi menarik perhatian mereka.Pastikan semasa demonstrasi dilaksanakan, guru haruslah menghidupkan suasana yang ceria supaya murid-murid tidak akan merasa bosan dan mengantuk.Interaksi sangat penting untuk merapatkan hubangan diantara guru dan murid-murid.Selain itu,Guru boleh mengarahkan salah seorang pelajar untuk mencuba  apa yang didemonstrasikan gurunya dihadapan kawan-kawanya.
Dalam situasi yang sama guru memainkan peranan yang penting semasa melaksanakan aktiviti demonstrasi tersebut.Guru mestilah berinterkasi dan berkomunikasi dengan baik terhadap murid-murid.Ini akan membangunkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkesan serta murid-murid dapat menerima setiap maklumat yang disampaikan oleh guru.
7.3SELEPAS MELAKSANAKAN AKTIVITI DEMONSTRASI
Selepas melaksanakan aktiviti demonstrasi.Guru haruslah membetulkan kesilapan sekiranya terdapat kesalahan semasa melaksanakn demonstrasi serta membuat peneguhan positif kepada murid-murid sekiranya diperlukan.Selain itu, guru akan memberikan ulasan dan rumusan hasil daripada aktiviti demonstrasi tersebut.
Akhir sekali,guru akan memberikan latihtubi kepada pelajar sebagai latihan pengukuhan.Ini akan membukitkan tahap pengetahuan murid-murid.Guru boleh mengesan murid-murid yang tidak mengambil perhatian semasa aktiviti demonstrasi dijalankan.Selain itu,guru boleh menguji tahap kepintaran murid-muridnya sekaligus guru dapat mengesan murid-muridnya yang lambat menerima maklumat.
8.0 KESIMPULAN
Kejayaan sesuatu pembelajaran adalah sangat dipengaruhi oleh pengetahuan guru tentang bagaimana mengendalikan sesuatu kaedah pengajaran supaya hasil yang diperolehi menepati kehendak objektif pengajaran dan menjadi pengalaman yang berguna kepada pelajar.Kaedah mengajar demonstrasi iaitu tunjuk cara sangat sesuai dijadikan sebagi kaedah mengajar bagi tahap pertumbuhan kanak-kanak.
Pelajar haruslah didedahkan dengan kaedah pembelajaran yang berlainan dan kreatif supaya dapat menarik perhatian pelajar.Disamping itu juga,pelajar juga tidak akan berasa bosan sekiranya sesi pembelajaran dan pengajaran itu sentiasa aktif dan menarik perhatian.Kadang kala pelajar mempunyai banyak ragam,pendekatan yang berlainan diperlukan untuk menarik perhatian pelajar.
Pendekatan dan cara pembelajaran yang saling bertukar-tukar mampu mempengaruhi pemikiran pelajar supaya membina semangat pelajar untuk belajar.Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demonstrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demonstrasi.Disamping itu, demonstrasi memerlukan kanak-kanak memerhati,menerima maklumat dan idea.
Sebagai kesimpulannya,apabila kita memulakan pengajaran kita mesti bertanya kaedah yang harus digunakan serta bersesuaian.Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.Oleh itu untuk menjalankan demonstrasi yang berkesan,guru haruslah merancang dengan teliti, mempraktikkan demonstrasi, memastikan setiap murid perhatikan demonstrasi, memperkenalkan demonstrasi untuk memfokus perhatian, bertanya dan menanyakan soalan serta merancang tindakan susulan.Kejayaan sesuatu demonstrasi itu bergantung kepada guru tersebut untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran tersebut.


0

Perbezaan Kindergarten dengan pusat pendidikan yang lain

Selain daripada pusat pendidikan Taman Didikan Kanak-Kanak Swasta iaitu Kindergarten terdapat beberapa lagi jenis pusat pendidikan yang ditubuhkan di Malaysia.Antaranya adalah Tabika Kemas, Tabika Perpaduan Negara, Taski iaitu Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam,Prasekolah Kementerian Pelajaran (ANNEX/KPM),Permata Negara dan Tadika Swasta.Pusat Pendidikan ini mempunyai pelbagai perbezaanya yang tersendiri.Malahan mempunyai fungsi yang berlainan diantara satu sama lain akibat perubahan sosial di kalangan masyarakat terutama dipengaruhi oleh sistem politik, ekonomi dan sosial. Pusat pendidikan Tadika haruslah berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) iaitu di bawah Unit Pendidikan Swasta.Oleh hal yang demikian segala perkara yang berkaitan dengan tadika swasta harusalah merujuk kepada JPN.Kewujudan Tadika swasta sememangnya banyak memberi sumbangan positif dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak karena tadika yang ada sekarang ini masih belum dapat menampung keperluan kanak-kanak.Seterusnya sistem pendidkannya terancang dan Guru boleh menngunakan buku-buku yang berlainan kerana ianya sudah diiktraf dan perancangan pembelajaran juga tidak terbatas dan bergantung kepada sumber diberi oleh kerajaan sahaja.Sistem pembelajaranya lebih menarik. Sebaliknya Tadika perpaduan adalah dibawah pemantauan Jabatan Perpaduan Negara.Pusat pendidikan prasekolah ini disediakan bagi kanak-kanak daripada berbilang kaum dan bangsa yang berumur lima hingga enam tahun.Sejak penubuhnya pada tahun 1976,Tadika Perpaduan telah mendapat sambutan yang mengalakkan.Tadika Perpaduan diwujudkan di taman-taman perumahan, kawasan perumahan pangsa, kawasan kampung dan pinggir bandar.Penubuhan Tadika Perpaduan tidak perlu didaftarkan dengan Jabatan Pelajaran Negeri Mengikut Akta Pelajaran 1961 kerana dikecualikan melalui warta kerajaan.Selain itu, suasana pembelajaranya mencabar bagi kanak-kanak kerana kanak-kanak mempunyai perubahan sosial disebabkan oleh pelajar pelbagai kaum.Ini sangat memnguntungkan kepada anak-anak yang memilih Pusat Pendidikan ini kerana mereka dapat mengenai kaum serta ras setiap kanak-kanak. Seterusnya Taska adalah singkatan daripada Taman Asuhan Kanak-Kanak.Taska menerima masuk empat orang atau lebih kanak-kanak dibawah umur empat tahun, lebih dari satu isi rumah di jaga dengan upah.Permohonan Taska perlu dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah (JKMD).Sekiranya ibu bapa anak-anak berkerja, mereka boleh menghantar anaknya ke tempat asuhan kerana pusat asuhan ini menerima kanak-kanak yang masih kecil tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh pusat pendidikan.Ia dapat membantu ibu bapa untuk menjaga anak-anaknya semasa mereka berkerja dan ibu bapa boleh lah mengambil anak-anak mereka setelah habis berkerja.Taman Asuhan juga mempunyai perancangan aktiviti yang menarik dan terancang untuk kanak-kanak bagi membina keperibadian mereka. Selain itu, Taski ialah singkatan daripada Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam dan perkhidmatannya dikhaskan bagi kanak-kanak yang beragama islam sahaja.Konsep Taski dan Taska adalah sama melainkan Taski merupakan perkhidmatan bagi kanak-kanak yang beragama Islam sahaja kerana suasana jadualnya lebih kepada asas-asas dan cara hidup islam yang baik.Disamping itu juga menanamkan dan menumbuhkan perasaan cinta dan kerinduan kanak-kanak didik terhadap Al Qur’an.Ia lebih kepada pembentukan akhlak mulia kanak-kanak dari segi islamiah. Seterusnya, Tabika kemas merupakan tabika yang mendapat perhatian dari ibubapa.Kemas merupakan sebuah tabika kerajaan dan hanya memerlukan pembayaran yuran yang sedikit sahaja.Sistem Kurikulum juga lebih teratur kerana tabika ini berantai dan mempunyai objektif, visi dan misi yang tetap dan sama dengan tabika kemas di seluruh malaysia.Selain itu,Prasekolah kementerian pelajar merupakan tabika yang berhampiran dengan sekolah jenis kebangsaan.Bangunan prasekolah juga disediakan oleh kementerian pelajaran dan dibawa pengawasan kementerian pelajaran. Manakala pendidikan permata pula merupakan pusat didikan bagi kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan empat tahun ke bawa.Permata ditubuhkan khas oleh Yang Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.Ia bertujuan untuk menjaga proses perkembangan kanak-kanak kerana pada tahap umur ini memerlukan perhatian sepenuhnya sebagai latihan nasional yang bersepadu untuk melahirkan modal insan.Selain itu, tabika swasta pula mempunyai persamaan dengan pusat pendidikan kindergarten dari segi cara penubuhan berdaftar.Namun dari segi objektif, visi, misi dan sistem kurikulum yang berbeza-beza.
0

Sejarah penubuhan Kindergarten

Sebelum ini, pendidikan berkembang bermula daripada Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori.Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud “Garden of Children”. Prasekolah pertama didirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Daerah Scotland dan diberi nama “The Infant School”. Hasil daripada hubungannya yang rapat dengan Heinrich Pestalozzi dan bacaan hasil-hasil kerja Rousseau, Friendrich Froebel telah menbuka sebuah sekolah yang dikenali sebagai taman kanak-kanak untuk membentuk kurikulum dan kaedah pengajaran kanak-kanak.Beliau telah mengasaskan sekolah kanak-kanak ini pada tahun 1837.Sekolah ini dinamakan Kindergarten.Kinder bermaksud kanak-kanak dan garten bermaksud taman garden of children.Friedrich Froebel digelar sebagai “father of the kindergarten”.
0

Definisi Pusat pendidikan Kindergarten

Definisi Pusat Pendidikan Kindergarten Kindergarten yang lebih dikenali sebagi Tadika iaitu Taman Didikan Kanak-Kanak Swasta.Kindergarten merupakan tadika swasta yang berhampiran dengan tadika kerajaan.Kewujudan institusi Kindergarten di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun berikutan bertambahnya bilangan kanak-kanak di Malaysia.Akta pendidikan 1961 mendefinisikan pengurusan Tadika sebagai, “mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari empat orang kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun bagi tujuan menerima pendidikan dengan upah.” Matlamat utama pendidikan di peringkat kindergarten ialah sebagai persediaan awal ke alam persekolahan formal apabila kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun.Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan mereka dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal.Takrif kindergarten tidak dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1961.Walau bagaimanapun pengurusan kindergarten boleh difahamkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah. Seterusnya, peluang pendidikan kindergarten in diberi kepada semua anak-anak tanpa mengira latar belakang sosial, agama, lokasi tempat tinggal, keadaan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak serta perkembangan intelek mereka.Bagi kanak-kanak berkeperluan khas mereka diberi peluang untuk belajar dalam kelas biasa atau kelas khas sesuai dengan keadaan dan keperluan mereka. Program pendidikan kindergarten hendaklah sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif dan akhlak yang baik,meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah penyuburan potensi yang optimum.Oleh itu, kurikulum pendidikan prasekolah memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

photo:contoh Kindergarten

photo: contohnyaa..

0

Sejarah Pendidikan Awal kanak-kanak

Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak bermula pada era 1950-an. Pada pendidikan awal kanak-kanak telah didorong oleh sistem pendidikan British dan ianya hanya dimonopoli oleh golongan yang berkemampuan sahaja kerana pendidikan jenis ini memerlukan kos yang tinggi untuk membiayainya. Dari tahun 1950 hingga 1960, tadika di Malaysia telah dibuka oleh sosialis kristian sebagai sebahagian aktiviti gereja. Hampir kesemua tadika dipunyai oleh individu atau agensi persendirian yang bertapak di kawasan bandar dan menyediakan Pendidikan Awal Kanak-Kanak hanya untuk ibubapa yang mampu membayar yuran. Kesannya, hanya sebahagian kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun berpeluang mengikuti kelas tadika. Malangnya, ramai kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang miskin dan luar bandar tidak dapat menerima pendidikan awal di tadika. Sekitar tahun 1960-an pula, Pendidikan Awal Kanak-Kanak mula berkembang secara umum berikutan kesedaran untuk mendapatkan pendidikan dalam kalangan golongan kurang berkemampuan selepas merdeka mula meningkat. Satu revolusi telah berlaku pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan bantuan dalam bentuk kewangan kepada Worker Society of Malaysia untuk membangunkan institusi model TADIKA yang mana ia hampir sama dengan projek di Amerika Syarikat. Sasaran utama projek ini adalah dikalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan India. Mereka dipilih daripada Kampung Muniandy, Kampung Manggis dan Kampung Sentosa di Selangor. Satu kajian telah diambil di Amerika Syarikat menunjukkan kanak-kanak yang terlibat dalam projek ini telah mencapai prestasi yang baik dari segi akademik dan tingkah laku jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak terlibat dalam projek ini (Bernard Van Lee 2009). Pada tahun 1970, melalui pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berfokuskan kepada program “Pembasmian Buta Huruf”, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA), Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Rukun Tetangga dan Perpaduan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Kerajaan Tempatan serta Perumahan Sabah telah mengambil keputusan untuk menubuhkan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) atau Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) untuk penjagaan dan pendidikan bagi kanak-kanak di antara umur empat hingga enam tahun. Pada tahun 1972 pula, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membina akta yang khusus bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dinamakan Akta Pelajaran 1961 P.U (A), Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten/ Sekolah Asuhan)(Pendaftaran). Berdasarkan laporan daripada kajian Keciciran 1973 (Ee Ah Meng 1988) terdapat kesan yang positif di kalangan kanak-kanak yang mendapat pendidikan awal di peringkat prasekolah. Sebanyak 90 % daripada kanak-kanak yang mendapat pendidikan di peringkat ini diletakkan di dalam kelas pertama apabila mereka memasuki sekolah rendah (Ee Ah Meng 1998). Pendidikan awal kanak-kanak semakin berkembang pesat dengan kewujudan Yayasan Bernard Van Leer. Yayasan ini telah banyak membiayai aktiviti pendidikan Prasekolah terutamanya dalam menggubal program pukal Prasekolah, menganjurkan seminar-seminar dan menerbitkan buku panduan pendidikan yang khas untuk pendidikan awal kanak-kanak (Bernard van Leer Foundation, 2009). Perkembangan pesat tersebut menuntut bilangan tenaga pengajar yang lebih banyak dalam pendidikan awal kanak-kanak. Oleh itu, sekitar tahun 1972 sehingga 1976, Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) mula menawarkan kursus untuk melatih para guru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Usaha MPIK ini mendapatkan sambutan dan diteruskan melalui projek-projek rintis Prasekolah oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Perguruan Sri Pinang (MPSP), Maktab Perguruan Mohd Khalid (MPMK) dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu (MPPM) yang dibiayai oleh UNICEF (Bernard Van Leer Foundation 2009). Pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius pada tahun 1984. Terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut bahawa pendidikan awal kanak-kanak harus bermula lebih awal, iaitu di bawah empat tahun. Hal yang demikian ini menyebabkan tertubuhnya Children Centre Act atau Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bagi memenuhi tuntutan tersebut. Pada tahun 1986 pula, Buku Panduan Guru Prasekolah mula diterbitkan. Buku ini diterbitkan bagi tujuan meningkatkan kemahiran dan kreativiti guru prasekolah. Ia juga dapat membantu guru mengelola dan mengurus pengajaran dan pembelajaran prasekolah dengan lebih sistematik. Selain itu, ia juga boleh dijadikan rujukan oleh para pelajar di pusat-pusat pengajian pendidikan. Seterusnya, pada tahun 1993, Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia mula diperkenalkan dan digunapakai untuk sekolah rintis di KPM. Kini, Garis Panduan Pendidikan Prasekolah Malaysia diganti dengan Kurikulum PERMATA (0-4 tahun) dan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (4-6 tahun) dan dijadikan rujukan utama bagi Pendidikan awal kanak-kanak.